Lokasi Tarikan Pelancong Di Selangor

Negeri Selangor mempunyai banyak tempat pelancongan menarik yang boleh dikunjungi ketika musim percutian. Berikut disenaraikan antara tempat tarikan pelancong popular yang wajib anda kunjungi untuk meluangkan masa bersama keluarga atau rakan:

Saville Free Range Agro – Saville Wonderland Fb 1
Sumber : Facebook Saville Free Range Agro – Saville Wonderland

1. Saville Free Range Agro

Saville Free Range Agro atau lebih dikenali sebagai Saville Wonderland adalah ladang agro yang terletak di Semenyih. Ia merupakan pusat penetasan, penternakan dan jualan ayam kampung yang kini menjadi tarikan pelancong.

Saville Free Range Agro – Saville Wonderland Fb 2
Sumber : Facebook Saville Free Range Agro – Saville Wonderland

Selain itu, terdapat juga tarikan lain seperti Mini Santuari Kancil, memancing ikan air tawar, ‘petting zoo’, ‘ATV ride’, memanah, Taman Ulaman dan Herba yang boleh dikunjungi oleh pelancong yang datang ke Saville Wonderland.

Saville Free Range Agro – Saville Wonderland Fb
Sumber : Facebook Saville Free Range Agro – Saville Wonderland

Tempat ini dibuka setiap hari dan juga menawarkan rumah inap jenis kontena premium ‘Barn Stay’ bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman menginap di dalam suasana kebun. Jangan risau, rumah inap ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, mempunyai pemandangan yang cantik dan tenang.

nafas cube fb 2
Sumber : Facebook NAFAS Cube

2. NAFAS Cube

NAFAS Cube yang terletak di MAEPS Serdang menawarkan percutian yang tenang dan jauh daripada hiruk-piruk bandar dengan tempat penginapan yang unik serta selesa. Menariknya di sini adalah NAFAS Cube menawarkan bilik penginapan dengan konsep dalam kontena dan ‘culvert’ dengan rekaan hiasan bilik seperti berada di hotel. Jika anda peminat percutian ala perkhemahan, NAFAS Cube turut menawarkan konsep glamping atau perkhemahan glamor dengan pemandangan tasik yang indah.

nafas cube fb 1
Sumber : Facebook NAFAS Cube

Terdapat juga laman sayur herba, mini petting zoo, house of kambing, kafe nenas montel, tapak bbq dan tempat menarik untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan kerja.

The Rakyat Post
Sumber : The Rakyat Post

3. The Acre By Farm Fresh

The Acre By Farm Fresh kini menjadi lokasi tarikan pelancong terbaharu di Seri Kembangan, Selangor. Terletak di dalam kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), anda boleh meluangkan masa di ladang ataupun kafe dengan pemandangan rumput hijau yang menenangkan seperti berada di New Zealand. Terdapat taman bunga yang cantik, tasik, mini zoo dan tempat makan dengan pemandangan yang mengasyikkan.

Harian Post
Sumber : Harian Post

Anda boleh melihat lembu, ikan, rusa dan arnab di ‘mini zoo’. Selain itu, terdapat aktiviti menarik lain seperti ‘tractor ride’ dan ‘barrel ride’ untuk dinaiki khas oleh kanak-kanak.

Sekinchan Padi Box
Sumber : Facebook Sekinchan Padi Box

4. Sekinchan

Sekinchan ialah sebuah perkampungan nelayan yang terkenal di Malaysia. Ia juga terkenal dengan keindahan sawah padi yang luas terbentang hingga menjadi salah satu tarikan pelancong kerana mempunyai suasana perkampungan yang aman dan damai.

doc6g3fxgfroc81m7mgqiea
Sumber : The Star

Anda boleh mengunjungi pelbagai tempat tarikan pelancong seperti Muzium Padi, Padi Box, Sky Mirror, kilang beras, ladang teh, ladang kelapa, pokok hajat dan lain-lain yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.

Visit Selangor
Sumber : Visit Selangor

5. I-City Shah Alam

I-City yang terletak di Shah Alam adalah tempat hiburan sekeluarga lengkap dengan aktiviti menarik. Ratusan pokok dan haiwan dihiasi dengan lampu LED menjadi tarikan pelancong awal di sini.

Jom Jalan
Sumber : Jom Jalan

Kini terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dikunjungi oleh pengunjung seperti menikmati musim salji di Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius, Red Carpet Wax Museum Wax, Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum, Ferris Wheel dan sebagainya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi...

Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat...

5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut: 1. Niko Neko Matcha Niko Neko Matcha adalah...

Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut: 1....

Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!