Tebus Promosi Hari Jadi Sebelum Terlewat

Sambutan ulang tahun kelahiran atau hari jadi merupakan hari istimewa bagi setiap individu. Disenaraikan beberapa promosi ganjaran yang ditawarkan untuk dinikmati pada hari jadi anda seperti berikut:

zus coffee
Sumber : Facebook ZUS Coffee

1. ZUS Coffee

Peminat kopi di ZUS Coffee pastikan anda tebus promosi kek percuma sempena hari jadi anda. Muat turun aplikasi ZUS dan nikmati ‘Baucar Hari Jadi’ iaitu percuma satu potong kek dengan pembelian minuman minimum RM1. Anda boleh menggunakan baucar tersebut dalam masa sebulan dari tarikh hari jadi anda. Tunggu apa lagi? Kunjungilah cawangan ZUS terdekat untuk menikmati hadiah hari jadi anda!

foodie.my
Sumber : foodie.my

2. llaollao Malaysia

llaollao Malaysia menawarkan pelbagai jenis promosi menerusi aplikasinya termasuk ais krim percuma sempena hari jadi anda. Bagi menebus ganjaran ini, anda perlu membuat sekurang-kurangnya satu transaksi perolehan mata sebelum hari jadi anda. Baucar hari jadi ini boleh digunakan melalui aplikasi dalam masa 10 hari dari tarikh hari jadi. Cepat tebus ganjaran promosi anda sebelum terlewat!

FamilyMart Malaysia
Sumber : Facebook FamilyMart Malaysia

3. FamilyMart

FamilyMart adalah salah satu kedai serbaneka besar yang menjadi kegemaran ramai terutamanya bagi makanan dan minumannya seperti udon, aiskrim dan minuman matcha. Jika anda peminat makanan FamilyMart, nikmatilah promosi aiskrim Sofuto mengikut perisa kegemaran anda secara percuma sempena hari jadi anda.

Sesiapa yang ingin menebus aiskrim percuma ini boleh memuat turun aplikasi FamilyMart pada telefon pintar dan daftar untuk menjadi ahli dahulu. Selepas itu, pergi pada bahagian reward dan pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus baucar anda. Senang bukan?

tea
Sumber : Facebook Tealive Asia

4. TeaLive

Adakah anda peminat minuman boba? Kunjungi TeaLive berdekatan untuk menebus hadiah minuman percuma pada hari jadi anda. Daftar sebagai ahli Tealive Uni-tea sebelum bulan kelahiran anda untuk menebus minuman percuma ini. Ingat, jika anda mendaftar semasa bulan kelahiran anda, anda hanya layak menerima baucar hari lahir pada tahun berikutnya. Oleh itu, cepat daftar sebagai ahli dan nikmati minuman percuma pada hari jadi nanti.

SUNWAY LAGOON
Sumber : malaysia.travel

5. Sunway Lagoon

Ingin bercuti bersama keluarga pada hari jadi anda? Segera beli tiket di Sunway Lagoon untuk menikmati satu tiket percuma sempena hari jadi anda. Anda boleh beli tiga tiket dan dapatkan satu tiket percuma untuk beriadah bersama keluarga atau rakan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi...

Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat...

5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut: 1. Niko Neko Matcha Niko Neko Matcha adalah...

Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut: 1....

Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!