Aktiviti ‘Indoor’ Menarik Di Lembah Klang

Cuti hujung minggu merupakan masa yang sesuai untuk diluangkan bersama insan tersayang. Ia lebih seronok jika anda melakukan aktiviti ‘indoor’ yang menarik serta dapat menghilangkan stres bekerja. Berikut disenaraikan antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti berikut:

Discover KL
Sumber : Discover KL

1. Breakout Room

Ingin mencabar minda anda? Breakout Room yang terletak di NU Sentral adalah tempat sesuai untuk anda melakukan aktiviti menyeronokkan dengan cabaran rumit. Terdapat pelbagai bilik bertema untuk dipilih dan anda dikehendaki menyahut cabaran bagi menyelesaikan teka-teki yang disediakan bersama rakan anda.

DIS
Sumber : Discover KL

Setiap bilik yang anda pilih untuk masuk mempunyai storyline yang tersendiri iaitu merungkai kebenaran disebalik misteri. Antara tema yang boleh anda pilih adalah Dreadnought, Materia Medica, Perpetual, Secret Of Hocus, Terraform dan War Of Rembrandt. Tunggu apa lagi? Cepat lakukan tempahan awal menerusi laman web rasmi sebelum terlewat!

says
Sumber : Says

2. Escape Challenge

Jika anda seorang yang gemar melakukan aktiviti lasak, kunjungilah Escape Challenge yang terletak di Paradigm Mall, Petaling Jaya. Escape Challenge ini merupakan antara tempat yang menawarkan aktiviti luar yang terbesar di Malaysia.

dapnyaTV
Sumber : dapnyaTV

Terdapat sebanyak sebelas aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti Monkey Business, Aerobat, Coco Climb, Zipline, Swing Challenge, Slingshot, Banana Flip sebagainya. Marilah buat aktiviti pecah peluh ini pada hujung minggu nanti!

VAR LIVE MY
Sumber : Facebook VAR LIVE MY

3. Taman Tema VAR Live

Peminat permainan video segera kunjungi taman tema VAR Live untuk pengalaman permainan baharu yang menyeronokkan dan menakjubkan. Terletak di pusat beli-belah MyTown di Jalan Cochrane, VAR Live menawarkan anda untuk merasai pengalaman Virtual Reality yang sebenar.

var
Sumber : Facebook VAR LIVE MY

Terdapat sebanyak 13 VR dan 14 bilik permainan seperti melawan zombi, menjadi ninja, menyelesaikan misteri, permainan menembak, meneruskan pencarian untuk mencari khazanah purba yang tersembunyi dan sebagainya. Pastikan anda mengajak rakan-rakan untuk menikmati permainan menarik ini di hujung minggu nanti!

Facebook Tuftme
Sumber : Facebook Tuftme

4. Rug Tufting

Studio Tuftme yang terletak di Puchong menawarkan aktiviti menghasilkan rug mengikut kreativiti dan pilihan reka bentuk anda sendiri.

274870925_132483092622873_8007478202860320302_n
Sumber : Facebook Tuftme

Ia menyediakan panduan terperinci tentang rug tufting, seperti cara mengendalikan pistol dan teknik tufting yang membolehkan anda mencipta sehelai permaidani yang cantik.

Ft 1
Sumber : Facebook Tuftme

Studio ini menawarkan semua jenis bengkel tufting yang disediakan untuk orang dewasa dan mereka yang berumur 10 tahun ke atas. Harga bengkel yang ditawarkan adalah berbeza-beza bergantung pada waktu dan saiz bahagian yang dipilih.

Sumber : Facebook Shuttle In The Dark

5. Gelanggang Badminton ‘Glow In The Dark’

Bosan bermain badminton di dewan gelanggan biasa? Rasai pengalaman unik di gelanggang badminton ruang gelap yang terletak di Kuala Lumpur. Shuttle In The Dark membawa konsep ‘Glow In the Dark’ dengan rekaan gelanggang, raket dan bulu tangkis khas yang akan bersinar dalam gelap.

Fs
Sumber : Facebook Shuttle In The Dark

Berlengkapkan penghawa dingin, dekorasi dalaman yang berunsur galaktik dan futuristik, anda boleh mendapat pengalaman bermain badminton yang luar biasa. Semua peralatan untuk bermain akan disediakan oleh mereka dan anda hanya perlu membawa member untuk bermain di sini!

Facebook Rollerwa Malaysia 1
Sumber : Facebook Rollerwa Malaysia

6. Rollerwa

Kunjungi Rollerwa yang terletak di One Utama jika anda suka bermain kasut roda atau rollerskate. Rollerwa adalah gelanggang kasut roda yang berasal dari Korea. Anda akan dapat pengalaman yang menyeronokkan di sini yang dilengkapi dengan mainan muzik sebagai peneman anda.

Facebook Rollerwa Malaysia
Sumber : Facebook Rollerwa Malaysia

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!