Punca Kerosakan ‘Starter’ Kereta

Penghidup elektrik atau ‘starter’ adalah komponen kereta yang berfungsi untuk memberikan putaran pada enjin dan menggerakkan piston. Kegagalan fungsi penghidup elektrik boleh menyebabkan ia tidak menggerakkan sistem pembakaran dalaman enjin dan gagal menghidupkan enjin. Ketahui antara punca kerosakan ‘starter’ kereta seperti berikut:

1. Bunyi Bergesel

Mendengar bunyi bergesel (grinding sound) semasa anda menghidupkan enjin kereta adalah satu petunjuk terdapat masalah pada ‘starter’. Hal ini berlaku kerana gear yang menyambung ke motor ‘starter’ menjadi haus, longgar atau mengalami masalah dalaman yang lain.

Pengabaian bunyi bergesel ini boleh menyebabkan kerosakan komponen kenderaan yang lebih teruk. Oleh itu, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan untuk mengelakkan kerosakan lain.

2. Pengeluaran Asap

‘Starter’ adalah sebahagian daripada sistem elektrik kereta yang boleh menyebabkan berlakunya litar pintas atau kerosakan fius. Jika kuasa dibekalkan secara berterusan ke ‘starter’, ia akan menjadi panas dan mengeluarkan asap kerana terlalu banyak kuasa dikeluarkan melalui bekalan elektrik.

Pengeluaran asap dari bawah enjin disertai dengan bau bakar boleh menyebabkan kerosakan yang serius. Segera ke pusat servis berdekatan jika anda melihat atau menghidu bau asap ketika cuba menghidupkan enjin kereta.

3. Kesan Minyak Pada ‘Starter’

‘Starter’ kereta terletak berhampiran bahagian bawah enjin kenderaan. Jika anda melihat kesan minyak pada ‘starter’ adalah satu petunjuk ia mengalami kerosakan. Hal ini berlaku disebabkan terdapat kebocoran minyak di suatu tempat yang menjejaskan komponen ‘starter’ berfungsi dengan baik. Sekiranya anda tidak menggantikan ‘starter’, ia boleh mengurangkan jangka hayatnya.

4. ‘Freewheeling’

‘Freewheeling’ berlaku apabila anda menghidupkan enjin dan hanya mendengar bunyi rengekan atau ‘whinning sound’ tanpa enjin dihidupkan. Hal ini menunjukkan bahawa ‘starter’ motor pusing tetapi roda tenaga (flywheel) tidak berpusing untuk menghidupkan enjin. Ia berlaku akibat solenoid rosak dan tidak menolak pinion gear untuk memusingkan ‘flywheel’.

Sekiranya kereta anda mengalami masalah ini, segera lakukan pemeriksaan lanjut di bengkel berdekatan agar tidak berlaku kerosakan lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!