Patuhi Had Laju Jalan Raya

Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kemalangan jalan raya dan salah satunya adalah memandu kenderaan melebihi had laju.

Mematuhi had laju yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bukan sahaja dapat mengurangkan kadar kes kemalangan malah dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Ketahui had laju jalan raya seperti berikut:

Had Laju Jalan Raya

Had laju adalah peraturan jalan raya yang menetapkan kelajuan maksimum atau minimum yang selamat bagi pemanduan di jalan raya atau lebuh raya awam. Had laju ditetapkan oleh pihak berkuasa sebagai satu langkah bagi mencegah kemalangan jalan raya akibat pemanduan yang terlalu laju atau terlalu perlahan sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Penetapan had laju lebih rendah daripada had laju kebangsaan adalah berdasarkan faktor statistik kemalangan di kawasan jalan raya, reka bentuk dan geometri jalan raya.

wapcar.my
Sumber : wapcar.my

Had Laju Utama Jalan Raya

1. Had Laju Jalan Persekutuan
Had laju kebangsaan bagi jalan persekutuan di Malaysia ialah 90 km/j.

2. Had Laju Jalan Negeri
Had laju kebangsaan bagi jalan negeri di Malaysia ialah 80 km/j.

3. Had Laju Lebuh Raya
Had laju kebangsaan bagi lebuh raya bertol di Malaysia ialah 110 km/j.

Had Laju Kenderaan Berat

Kenderaan berat dikenakan had laju khusus bagi menjaga keselamatan pemandu serta pengguna jalan raya yang lain. Oleh itu, had laju yang ditetapkan bagi kenderaan berat di lebuh raya adalah sekitar 80 hingga 90 km/j. Manakala di jalan persekutuan dan negeri adalah antara 70 hingga 80 km/j atau 60 km/j di kawasan bandar.

Had Laju Lain

Had laju lain digunakan di kawasan berisiko tinggi seperti sekolah, ketika musim perayaan, dan kawasan bandar. Ia ditetapkan sebagai 30 km/j di kawasan sekolah ketika waktu puncak. Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga mula menguatkuasakan had laju yang lebih rendah pada musim perayaan di jalan persekutuan iaitu 90 km/j kepada 80 km/j dan jalan negeri daripada 80 km/j kepada 70 km/j.

Penetapan had laju tertentu mengikut jenis kenderaan dan lokasi jalan adalah bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya serta sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi had laju tersebut dan memandu secara berhemah. Pandu cermat, jiwa selamat! Ingatlah insan tersayang.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi...

Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat...

5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut: 1. Niko Neko Matcha Niko Neko Matcha adalah...

Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut: 1....

Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!