Lokasi Mencanting Batik Di Lembah Klang

Mencanting batik kini menjadi aktiviti hujung minggu yang sangat popular. Jika anda ingin melakukan aktiviti menarik dan berfaedah, kunjungi tempat berikut untuk mengasah bakat mencanting dan mewarna batik seperti berikut:

MyBatik KL FB
Sumber : Facebook MyBatik KL

1. MyBatik

MyBatik yang terletak di Ampang adalah tempat sesuai untuk anda melakukan aktiviti canting batik pada kanvas atau beg. Tempat ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pengecapan blok tradisional, canting sarung batik dan mencanting selendang batik sutera bagi pengunjungnya.

MyBatik KL FB 1
Sumber : Facebook MyBatik KL

Anda juga boleh menempah sesi untuk kumpulan lebih besar jika anda ingin mengadakan sambutan hari jadi, hari keluarga, ‘team building’ dan lain-lain sebagai aktiviti hujung minggu yang lebih menyeronokkan.

Jadi Batek fb
Sumber : Facebook Jadi Batek

2. Galeri Jadi Batek

Galeri Jadi Batek adalah pusat batik dan kraftangan terbesar yang terletak di Kuala Lumpur. Mereka mempunyai pasukan artis batik sendiri yang mencipta karya batik asli Malaysia serta mengajar pengunjung untuk mencanting batik.

Jadi Batek fb 1
Sumber : Facebook Jadi Batek

Peruncit fesyen batik ini menawarkan banyak perkhidmatan termasuk bengkel pembuatan batik dengan bahan-bahan mencanting batik disediakan dan seorang artis akan membimbing anda ketika mencanting batik di sini.

Jadi Batek fb 1 2
Sumber : Facebook Jadi Batek

Selain mencanting dan mewarna batik di kanvas, anda juga boleh mencanting batik di selendang, pareo, kain sarung dan lain-lain mengikut cita rasa anda.

Navok Batik FB 2
Sumber : Facebook Navok Batik

3. Navok Batik

Novak Batik yang terletak di Midori Studio, Jalan Lang Kuning terkenal dengan bengkel batik yang dianjurkan selama tiga jam bagi individu berminat untuk melakukan aktiviti menarik ini. Studio mereka mempunyai reka bentuk dalaman yang bertemakan astetik dan menawarkan segala keperluan untuk mencanting dan mewarna batik bercorak kegemaran penyerta.

Navok Batik FB
Sumber : Facebook Navok Batik

Navok Batik juga akan mengadakan bengkel batik di studio pada 28 Mei 2022. Bagi sesiapa yang ingin mengikuti bengkel ini, anda akan dibekalkan dengan bingkai bulat berdiameter 34cm, warna fabrik, alatan dan bahan seni serta beberapa reka bentuk untuk dipilih. Selain itu, Navok Batik juga menjual karya mereka dalam talian menerusi aplikasi Shopee bagi sesiapa yang ingin mencuba aktiviti mewarna batik dengan harga yang berpatutan.

Teja Fb 2
Sumber : Facebook Te’ja

4. Te’ja Studio

Te’ja Studio yang terletak di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) mengadakan bengkel mencanting batik sebagai satu usaha memartabatkan dan memperkenalkan industri seni batik kepada generasi muda.

Teja Fb 1
Sumber : Facebook Te’ja

Te’ja juga terkenal dengan bengkel batik yang mengajar mencanting dan mewarna batik di bingkai kanvas, beg tote dan topi.

Teja Fb
Sumber : Facebook Te’ja

Selain mencanting batik, peserta juga boleh mempelajari cara menghasilkan T-shirt tie-dye, resin dan ‘coaster’. Pastikan anda mengunjungi studio ini untuk mempelajari seni tradisional negara.

Ainna Fb 2
Sumber : Facebook Ainna Artwork

5. Ainna Artwork

Jika anda mencari aktiviti batik dengan harga berpatutan maka Ainna Artwork yang terletak di Central Market adalah lokasi sesuai untuk anda mempelajari karya seni ini.

Ainna Fb
Sumber : Facebook Ainna Artwork

Jangan risau, bengkel yang dianjurkan oleh Ainna Artwork menyediakan segala barang keperluan untuk aktiviti mencanting batik seperti alat canting, pencelup warna dan bingkai bergambar dengan harga RM15 sahaja.

Ainna Fb 1
Sumber : Facebook Ainna Artwork

Penyerta boleh memilih reka bentuk yang sedia ada untuk mewarna batik atau menghasilkan reka bentuk batik sendiri apabila menyertai bengkel ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi...

Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat...

5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut: 1. Niko Neko Matcha Niko Neko Matcha adalah...

Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut: 1....

Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!