Punca Tayar Kereta Meletup

Tayar kereta boleh meletup atau pecah secara tiba-tiba ketika memandu disebabkan beberapa faktor tertentu. Marilah kita sama-sama ketahui puncanya agar dapat lebih berwaspada semasa memandu kereta:

1. Memandu Melebihi Had Laju

Setiap tayar mempunyai had laju tertentu yang ditetapkan oleh pengeluar. Ia disyorkan untuk tidak memandu melebihi apabila anda telah mencapai 80% daripada had kelajuannya. Memandu melebihi had laju tersebut boleh mengurangkan jangka hayat tayar serta menyebabkan tayar kereta menjadi terlalu panas dan meletup.

Anda boleh mengetahui had laju maksimum tayar kereta melalui kod yang ada pada tayar kereta anda.

2. Tekanan Udara Berlebihan

Tekanan udara berlebihan akan menyebabkan tayar haus di bahagian tengah serta menyebabkan kompaun atau molekul pada struktur getah tayar terjejas. Hal ini mendatangkan bahaya kerana ia boleh mengundang risiko tayar meletup pada situasi tidak dijangka dan menyebabkan cengkaman tayar pada permukaan jalan semakin berkurangan. Pastikan anda sentiasa mengisi angin tayar seperti pada tekanan yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

3. Roda Tidak Seimbang

Gegaran pada stereng dan kenderaan menghala ke satu sisi merupakan petunjuk roda yang tidak seimbang. Keadaan ini boleh menjejaskan struktur getah tayar akibat gegaran yang ditampung. Hal ini juga boleh menyebabkan tayar kereta meletup atau pecah pada bila-bila masa. Oleh itu, pastikan anda melakukan penjajaran roda setiap kali ketika menghantar kereta ke pusat servis untuk penyenggaraan.

4. Tayar Luput

Bukan sahaja makanan mempunyai tarikh luput malah tayar juga mempunyai tarikh luputnya sendiri. Umumnya tayar baharu boleh digunakan selama 4 hingga 6 tahun sebelum tarikh luputnya. Penggunaan tayar melebihi tempoh tersebut boleh menyebabkan struktur getah tayar menjadi lemah serta berpotensi untuk meletup atau pancit.

Cara Mengelak Tayar Meletup

1. Penyenggaraan Tayar

Tayar yang dijaga dengan baik boleh bertahan lama dan memastikan pemanduan yang selamat di jalan raya. Lakukan penyenggaraan berkala pada tayar agar ia berada dalam keadaan baik. Periksa keadaan tayar iaitu kedalaman bunga tidak kurang daripada 1.5mm dan menukar tayar jika melebihi 1.5mm.

2. Elak Membawa Muatan Berlebihan

Membawa muatan berlebihan akan meningkatkan risiko tayar kenderaan kehilangan udara secara perlahan-lahan. Beban yang berlebihan juga boleh menyebabkan tayar mengembung atau panas dan menjadi punca tayar cepat kempis serta meletup.

3. Memeriksa Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan putaran tayar dan rim seimbang dengan paksi putarannya. Penjajaran yang betul mampu memberi kawalan yang maksimum dan membolehkan semua roda berputar dengan sempurna ketika memandu. Dengan ini, anda disarankan untuk membuat penjajaran roda ketika melakukan penyenggaraan kenderaan bagi memastikan tayar kereta berada dalam keadaan baik serta selamat untuk memandu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!