6 Minuman Menyegarkan Ketika Cuaca Panas

Cuaca panas melampau boleh menjejaskan kesihatan individu. Mendapatkan penghidratan yang cukup pada cuaca panas ini sangat penting untuk menyejukkan dan menyegarkan diri. Disenaraikan beberapa minuman terbaik bagi menghadapi cuaca panas seperti berikut:

pexels-any-lane-5945745

1. Air Kelapa Muda

Air kelapa muda terkenal sebagai minuman terbaik untuk diminum ketika cuaca panas kerana mampu mengembalikan suhu badan seseorang kepada paras normal. Ia mengandungi elektrolit yang boleh membantu mengembalikan ion tubuh yang hilang akibat proses dehidrasi ekoran cuaca panas.

Selain itu air kelapa muda sangat kaya dengan kandungan potasium, magnesium, kalsium, sodium serta vitamin B kompleks yang mampu mengawal tekanan darah, mengurangkan kekejangan otot serta meningkatkan selera makan dan minum ketika cuaca panas.

anna-teodoro–wL1exugflY-unsplash

2. Air Limau

Air limau sangat popular di negara-negara yang bermusim panas sebagai ‘summer drink’. Hal ini kerana minuman ini sangat mudah dibuat dan mengandungi asid sitrat, vitamin C, vitamin B, riboflavin, kalsium dan magnesium yang mampu memberi kesegaran pada cuaca panas.

Air limau juga boleh diminum bersama daun pudina, garam dan lada. Anda juga boleh menambah rempah seperti jintan manis, serbuk ketumbar, lada hitam, dan lain-lain untuk menjadikannya lebih segar untuk diminum.

soda herbs
Sumber : Dari Dapur Kak Tie

3. Air Soda Serai

Ingin air yang segar dan mudah untuk dibuat? Soda serai adalah minum yang menyegarkan serta menyelerakan deria rasa anda ketika cuaca panas ini. Penggunaan serai dalam minuman ini adalah kerana ia merupakan ejen antioksidan yang meningkatkan kesegaran air. Minuman ini mudah untuk dibuat dengan hanya memerlukan air aiskrim soda, laici, serai, limau, daun pudina, limau nipis, asam boi dan ais batu.

pexels-pixabay-416528

4. Air Masak atau yang Dibotolkan

Cuaca panas menyebabkan anda cepat haus dan dahaga. Tubuh anda memerlukan lebih banyak air untuk menangani haba. Oleh itu, meminum air masak atau yang dibotolkan sangat penting untuk anda kekal berhidrat. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 8 gelas air atau lebih untuk mengelakkan komplikasi yang teruk seperti strok haba.

yulia-khlebnikova-yIE7pZUmT_s-unsplash

5. Jus Tembikai

Selain air kosong, anda juga disarankan minum jus buah-buahan seperti jus tembikai untuk memberi hidrasi serta nutrisi yang secukupnya ketika cuaca panas. Tembikai adalah antara buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi (92%). Segelas jus tembikai tanpa gula akan memberi tubuh anda kekal berhidrat pada cuaca panas.

mstar
Sumber : mstar

6. Air Tebu

Air tebu yang manis dan sejuk adalah antara minuman terbaik untuk menyegarkan diri pada cuaca panas. Selain mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang baik untuk kesihatan, ia juga merupakan minuman tenaga yang membantu membina plasma dan mengatasi masalah dehidrasi. Anda boleh menambah daun pudina untuk meningkatkan kesegaran air ini semasa diminum ketika cuaca panas.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

5 Tanda ‘Engine Mounting’ Bermasalah

Pemegang enjin atau lebih dikenali sebagai ‘engine mounting’ adalah komponen yang memegang enjin dan kotak gear kereta. Ia juga berfungsi untuk menyerap getaran bagi...

Pakailah Tali Pinggang Keledar Untuk Menjaga Keselamatan

Pemakaian tali pinggang keledar sangat penting untuk melindungi pemandu dan penumpang dalam kenderaan sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kecuaian untuk tidak memakai alat...

5 Kafe Yang Wajib Dikunjungi Oleh Pencinta Matcha

Penggemar matcha yang ingin mencuba aneka minuman dan makanan berasaskan matcha yang lazat wajib mengunjungi kafe menarik berikut: 1. Niko Neko Matcha Niko Neko Matcha adalah...

Kenali Jenis-Jenis Kopi Yang Anda Sering Minum

Memulakan hari tanpa minuman berkafein adalah tidak lengkap khususnya bagi peminat tegar kopi. Ketahui antara perbezaan jenis-jenis kopi yang anda sering minum seperti berikut: 1....

Punca Penyaman Udara Berbunyi

Penyaman udara berfungsi untuk menyejukkan ruang dalaman kereta apabila memandu dalam keadaan suhu sekeliling yang panas. Ia direka untuk beroperasi dengan senyap agar tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!