5 ‘Port’ Berbasikal Menarik

Berbasikal adalah aktiviti riadah yang menarik dan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan. Jika anda seorang yang gemar berbasikal atau baru ingin berjinak-jinak melakukan aktiviti ini, kunjungilah lokasi berikut untuk mengalami cabaran dan pengalaman baharu:

TREX Bike Park at Grandeur Labs
Sumber : TREX Bike Park at Grandeur Labs

1. TREX Bike Park

TREX Bike Park yang terletak di Eco Grandeur Labs, Puncak Alam merupakan litar basikal yang cukup unik dan semestinya seronok untuk seisi keluarga melakukan aktiviti riadah di hujung minggu.

TREX Bike Park at Grandeur Labs 2
Sumber : TREX Bike Park at Grandeur Labs

Direka dengan landskap dinamik dan unik, TREX kini menjadi pilihan ramai untuk melakukan aktiviti riadah kerana mempunyai laluan basikal yang cukup mencabar. Terdapat pelbagai jenis basikal yang boleh disewa di sini seperti basikal kanak-kanak, ‘mountain bike’, ‘road bike’ dan sebagainya. Anda juga boleh berehat sambil menjamu selera di kafe berdekatan selepas penat berkayuh.

p6pb22520856
Sumber : www.trailforks.com

2. Taman Bukit Kiara

Inginkan laluan berbasikal yang mencabar? Taman Bukit Kiara yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur adalah lokasi sesuai untuk anda melakukan aktiviti riadah ini. Selain berbasikal, taman ini terkenal untuk melakukan aktiviti riadah seperti ‘jogging’, mendaki bukit dan berjalan kaki.

p5pb22387832
Sumber : www.trailforks.com

Laluan basikal di sini agak luas dan berturap baik. Bagi penunggang basikal anda perlu lebih berhati-hati semasa menuruni bukit kerana jalan disini agak curam dan memerlukan teknik berbasikal yang betul. Pastikan anda membawa basikal sendiri untuk meneroka laluan basikal di taman ini.

fc004a27-4a3d-454e-9e41-ebf4322ea6e3
Sumber : Instagram @rubathinesh

3. Taman Tasik Metropolitan

Terletak di Kepong, Taman Tasik Metropolitan merupakan taman rekreasi terbesar di Kuala Lumpur yang sering dipenuhi orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah pada waktu petang. Lokasi ini sesuai untuk anda berbasikal sambil menikmati pemandangan yang cantik serta laluan berbasikal sepanjang 3.5km diturap baik.

dapnyaTV
Sumber : dapnyaTV

Sepanjang perjalanan di lorong basikal, anda dapat melalui taman permainan, kawasan berkelah dan tasik yang luas sambil menghirup udara segar. Tempat ini juga mesra keluarga dan sesuai jika anda mahu pengalaman yang santai sahaja.

interactive_bicycle_500_700-300×420
Sumber : www.discoverypark.com.my

4. Gamuda Cove

Gamuda Cove merupakan tempat rekreasi baru yang mempunyai pelbagai tarikan istimewa untuk pengunjung. Dari laluan mesra masuk ke Paya Indah Discovery Wetlands, terdapat laluan berbasikal interaktif yang menarik untuk anda seisi keluarga beriadah.

cykel_gallery_03
Sumber : www.discoverypark.com.my

Bukan sekadar berbasikal, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain MotoManiac ATV dan Dirt Bike, ‘giant swing‘, ‘abseiling’ serta meneroka keindahan Paya Indah Discovery.

Bukit-tunku-cycling-in-Kl
Sumber : The Gone Goat

5. Mayor Hill Bukit Tunku

Mayor Hill Bukit Tunku yang terletak di Kuala Lumpur kini menjadi lokasi kegemaran para pengayuh basikal kerana mempunyai laluan yang mencabar. Selain itu, ramai berusaha mengayuh sehingga puncak bukit untuk menikmati pemandangan alam sekitar yang mengasyikkan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!