Panduan Penjagaan Keselamatan Penumpang Dalam Kenderaan

Keselamatan penumpang dalam kenderaan perlu diberi perhatian kerana banyak kes kemalangan melibatkan kecederaan pada penumpang lebih serius daripada pemandu. Disenaraikan beberapa panduan keselamatan yang perlu diamalkan seperti berikut:

1. Memakai Tali Pinggang Keledar

Pemakaian tali pinggang keledar terutamanya bagi penumpang yang duduk di bahagian belakang kenderaan sering diabaikan. Kecuaian tidak memakai tali pinggang keledar inilah yang menjadi punca utama seseorang mengalami cedera parah.

Pastikan anda memakai tali pinggang keledar belakang bagi melindungi diri daripada kemalangan jalan raya. Alat keselamatan ini juga sangat penting untuk mengurangkan kecederaan teruk jika terlibat dalam kemalangan. Sentiasa ingatkan penumpang untuk memakai tali pinggang keledar sebelum memulakan perjalanan anda.

2. Memandu Secara Berhemah

Sikap dan pemanduan secara berhemah adalah elemen penting yang perlu diterapkan terhadap pemandu untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya. Pemandu perlu sentiasa berhati-hati ketika memandu bagi menjamin keselamatan diri serta penumpang dalam kenderaan.

Pastikan pemandu kenderaan tidak memandu sambil menggunakan telefon bimbit, melanggar lampu isyarat merah, memandu dalam keadaan mabuk dan laju kerana tabiat pemanduan anda bukan sahaja menjejaskan keselamatan diri malah nyawa penumpang juga berada dalam risiko.

3. Mempunyai Beg Udara Keselamatan

Beg udara keselamatan adalah sistem perlindungan dalam kenderaan yang digunakan untuk mencegah kecederaan pada pemandu dan penumpang apabila berlaku kemalangan jalan raya. Pastikan kenderaan anda mempunyai beg udara keselamatan yang lengkap untuk melindungi diri dan penumpang dalam kereta.

4. Menggunakan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak

Jika anda mempunyai kanak-kanak dibawah umur 10 tahun, pastikan anda menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak untuk menjamin keselamatan mereka apabila berada di jalan raya.

Ibu bapa perlu memilih kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai dengan usia anak anda agar dapat melindungi mereka daripada kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Selain itu, pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak menepati klasifikasi tertentu berdasarkan piawaian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kenderaan anda mempunyai alat penyambung International Standards Organisation Fix (ISOFIX), dan mempunyai pelekat E-Mark pada kerusi.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!