Lebuh raya yang sibuk dan sesak di musim perayaan ini boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kerosakan kenderaan yang boleh berlaku secara tiba-tiba dan di mana-mana sahaja.
Komited untuk memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan, Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO sentiasa bersedia untuk ke tempat kejadian pada bila-bila masa apabila berlakunya kerosakan kenderaan.
Perkhidmatan bantuan kerosakan dan kecemasan ini berpusat di dua Pusat Servis Wilayah (PSW) iaitu di Batu Caves dan Bangi serta terdapat hampir 300 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara. Oleh itu, pelanggan dan pengguna kenderaan SPANCO boleh mendapatkan bantuan kerosakan 24 jam ini dengan menghubungi pusat panggilan melalui Talian Bebas Tol SPANCO di 1800-88-6999 atau melalui Aplikasi Mobil SPANCO. Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO akan bertindak dengan segera apabila berlaku kecemasan atau aduan dari pengguna ke lokasi kerosakan berlaku.
Selain itu, jika kenderaan pelanggan mengalami kerosakan kecil seperti bateri gagal berfungsi, Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO akan cuba membaikinya di lokasi kejadian. Manakala jika kerosakan adalah serius dan memerlukan kerja-kerja pembaikan yang lebih besar kenderaan terpaksa ditunda ke bengkel.
Pelanggan yang mengalami kerosakan di Lembah Klang akan menerima bantuan daripada PSW ke lokasi. Bagi kerosakan luar Lembah Klang pula, PSD yang berdekatan akan dimaklumkan untuk memberi bantuan selanjutnya.
Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO bersedia membantu pelanggan 24 jam sehari, 365 hari setahun di seluruh negara tidak kira dalam apa jua keadaan sekiranya berlaku kerosakan, kecurian mahupun kecemasan.
Pelanggan SPANCO juga boleh menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO untuk mempercepatkan proses mendapatkan bantuan daripada pasukan bantuan kerosakan secara dalam talian. Aplikasi ini dilancarkan sejak tahun 2017 untuk membantu para pelanggan berurusan dengan pihak SPANCO secara mudah. Ia boleh digunakan bukan sahaja untuk mendapatkan bantuan kerosakan malah boleh mengetahui status terkini bantuan yang diminta, memohon temu janji servis, mendaftar masuk ke PSD berdekatan, memberi maklum balas dan bertanyakan sebarang soalan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.
Menerusi aplikasi ini, pelanggan boleh memuat naik gambar kerosakan untuk mendapatkan bantuan di lokasi serta boleh mendapatkan anggaran masa pasukan bantuan atau trak tunda tiba di lokasi melalui pemakluman menerusi telefon pintar anda.
Dengan ini, Pasukan Bantuan Kerosakan SPANCO mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan berhati-hatilah di jalan raya sepanjang musim perayaan ini. Semoga anda selamat sampai ke destinasi yang dituju!