Tips Pemanduan Selamat Semasa Balik Kampung

Ramai telah mula bergerak pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya. Pihak kerajaan juga telah meramalkan bahawa bilangan kenderaan tahun ini lebih banyak berbanding sebelumnya disebabkan keterujaan warga kota menyambut hari raya di kampung setelah tidak dapat melakukannya selama dua tahun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun penambahan bilangan kenderaan ini sangat membimbangkan ramai kerana kemungkinan bilangan kemalangan terutama kemalangan maut naik mendadak jika pengguna jalan raya tidak berhati-hati ketika memandu. Disenaraikan beberapa panduan pemanduan selamat untuk menjaga keselamatan pengguna ketika musim perayaan ini:

1. Pemeriksaan Kenderaan

Pemeriksaan kenderaan wajib dilakukan oleh setiap pengguna kereta sebelum memulakan perjalanan ke kampung. Hal ini penting bagi memastikan komponen-komponen kenderaan seperti tayar, brek, enjin, lampu, pengilap cermin dan sebagainya berada dalam keadaan baik sepanjang perjalanan jauh anda.

Pastikan anda menghantar kereta ke pusat servis bertauliah untuk melakukan penyenggaraan kenderaan terlebih dahulu. Bagi pelanggan SPANCO pula, anda disarankan supaya menghantar kereta ke Pusat Servis SPANCO untuk pemeriksaan lanjut.

2. Mematuhi Peraturan Jalan Raya

Sikap pemandu yang mementingkan diri, tidak pedulikan hak dan keselamatan pengguna jalan raya lain, tidak mematuhi undang-undang serta ego merupakan antara penyumbang kepada peningkatan statistik kemalangan di negara kita khususnya ketika musim perayaan.

Ia juga termasuk sikap pemandu yang memandang rendah pada tindakan undang-undang yang dikenakan jika melakukan sesuatu kesalahan di jalan raya. Bagi mengelakkan kemalangan dan menjamin keselamatan diri, anda sebagai pengguna berhemah perlu mematuhi peraturan jalan raya seperti mematuhi lampu isyarat, had laju, tidak memotong kenderaan dan sebagainya.

3. Dapatkan Rehat Secukupnya

Perjalanan jauh boleh menyebabkan anda cepat letih dan mengantuk. Keadaan ini juga boleh mengakibatkan kemalangan kerana ‘microsleep’. Bagi mengelakkan situasi begini berlaku, anda dinasihatkan untuk mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum melakukan perjalanan jauh.

Sekiranya anda berasa letih atau mengantuk, berhenti sebentar di stesen minyak atau di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) berdekatan untuk berehat sebelum melakukan perjalanan semula.

4. Merancang Perjalanan

Perancangan yang teliti sebelum melakukan perjalanan terutamanya perjalanan jauh ketika musim perayaan sangat penting kerana ramai akan berpusu-pusu pulang ke kampung. Bagi mengelakkan diri daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, pastikan anda merancang perjalanan terlebih dahulu.

Ketahui keadaan jalan raya dan dapatkan maklumat terkini melalui laman web rasmi lebuh raya untuk menggunakan jalan alternatif bagi menghindari kesesakan.

5. Sentiasa Bersedia

Sikap sentiasa bersedia sebelum perjalanan jauh sangat penting bagi mengelakkan keadaan tidak diingini berlaku. Pastikan minyak kenderaan anda mencukupi sebelum melakukan perjalanan. Sentiasa pastikan tambah nilai kad Touch n Go dan menyimpan duit kecil untuk kecemasan. Bagi pelanggan SPANCO simpan nombor Talian Bebas Tol 24 jam 1-800-88-6999 dan muat turun Aplikasi Mobil SPANCO untuk mendapatkan bantuan segera apabila berlaku kecemasan atau kerosakan kenderaan.

5 Kesalahan Terus ke Mahkamah Sempena OPS Hari Raya (29 April – 8 Mei)

• Memandu di lorong kecemasan.
• Menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
• Gagal mematuhi lampu isyarat merah.
• Memandu melebihi had laju.
• Memotong barisan.
• Memotong di garisan berkembar.

Sumber : Majlis Keselamatan Jalan Raya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kenali Jenis-Jenis Papan Tanda Jalan Raya

Papan tanda di jalan raya memainkan peranan penting dalam memberi panduan, amaran atau maklumat kepada pengguna jalan raya. Ketahui jenis-jenis papan tanda supaya anda...

Patuhi Had Laju Jalan Raya

Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kemalangan jalan raya dan salah satunya adalah memandu kenderaan melebihi had...

Lokasi Mencanting Batik Di Lembah Klang

Mencanting batik kini menjadi aktiviti hujung minggu yang sangat popular. Jika anda ingin melakukan aktiviti menarik dan berfaedah, kunjungi tempat berikut untuk mengasah bakat...

Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak awal tahun sehingga kini. Ibu bapa perlu lebih berwaspada dengan...

Punca Tayar Kereta Meletup

Tayar kereta boleh meletup atau pecah secara tiba-tiba ketika memandu disebabkan beberapa faktor tertentu. Marilah kita sama-sama ketahui puncanya agar dapat lebih berwaspada semasa...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!