Pilihan Buah Tangan Aidilfitri

Adakah anda masih belum membeli buah tangan Hari Raya? Jangan risau! Masih tidak terlewat untuk membeli hadiah untuk insan tercinta sempena Syawal ini. Selain hadiah hamper biasa kini terdapat banyak produk yang boleh dijadikan pilihan seperti berikut:

mstar
Sumber : mstar

1. Hamper Peralatan Dapur

Hamper peralatan masakan seperti set peralatan makanan, ‘lunch box’ edisi Hari Raya, balang kuih raya dan sebagainya akan menambah kemeriahan sambutan Hari Raya bersama keluarga. Pemberian hadiah berbentuk peralatan dapur akan memberi kegembiraan kepada penerima kerana boleh digunakan semasa rumah terbuka dan juga bagi perayaan lain.

Carousell

2. Makanan Ringan

Pemberian hamper berisi makanan ringan seperti biskut raya atau makanan manis merupakan hadiah paling klasik dan diminati ramai. Hadiah berbentuk makanan pada Hari Raya sering digemari ramai kerana boleh makan bersama ahli keluarga.

Anda boleh mengirimkan hamper seperti brownies, kuih raya, kerepek dan sebagainya pada insan tersayang. Terdapat ramai penjual yang kini memudahkan urusan pembelian anda dengan menjual atas talian. Pilihlah hadiah kegemaran anda dengan mudah dan cepat dari rumah sahaja.

9c8da48e5d4460cf7aff5e934196cd34
Sumber : Shopee

3. Biskut Raya

Kesibukan bekerja menyebabkan ramai membeli biskut raya dari luar. Anda boleh memberi hamper berbentuk biskut raya untuk ahli keluarga atau rakan sebagai buah tangan sambutan Hari Raya.

Tart nenas, biskut semperit, ‘Almond London’, emping jagung, kacang mazola, kuih karas, kuih buah rotan dan sebagainya kini dijual secara meluas oleh ramai peniaga. Dapatkan hamper biskut raya di kedai terdekat atau melalui pembelian atas talian ‘set biskut raya’ untuk dikirimkan kepada ahli keluarga di kampung.

theAsianparent Malaysia
Sumber : theAsianparent Malaysia

4. Kek Raya

Kek raya merupakan hidangan wajib ada di setiap rumah semasa perayaan Hari Raya. Hadiah raya berbentuk kek seperti kek lapis, pelangi, mentega, bahulu, buah-buahan, marble kukus, ‘brownies’ dan sebagainya boleh diberi kepada keluarga tercinta.

6cdc9f2e0a2934828b3615462dcc4e9e
Sumber : Shopee

5. Kit Sanitasi

Pandemik COVID-19 menyebabkan kita meraihkan Hari Raya dengan keadaan norma baharu selama dua tahun. Penjagaan SOP dan kebersihan diri ketika pandemik sangat penting untuk diri dan juga bagi ahli keluarga serta saudara mara. Kit sanitasi iaitu pelitup muka, pembersih tangan, tisu basah (antibacterial),face shield’ telah menjadi keperluan yang dibawa kemana-mana sahaja.

Hadiah kit sanitasi kini menjadi pilihan hadiah raya untuk diberi kepada keluarga dan kawan-kawan tersayang. Ia juga akan menjadi satu peringatan untuk semua bagi menjaga SOP sepanjang berada di tempat orang ramai dan semasa menziarahi saudara-mara.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!