Biskut Raya Yang Wajib Ada Pada Hari Raya

Hari Raya bakal tiba dan mesti ramai tengah sibuk buat perancangan untuk membeli atau membuat kuih raya pada tahun ini. Setelah dua tahun tidak beraya seperti biasa, tahun ini ramai boleh balik kampung dan beraya bersama keluarga. Dengan ini disenaraikan antara biskut raya yang popular dan mudah untuk dibuat bagi keluarga dan rakan seperti berikut:

179434-19_16_596431

1. Jejari Badam

Muak dengan biskut ‘London Almond’? Jejari Badam adalah kuih raya yang digemari ramai terutamanya kanak-kanak kerana kelazatan biskut yang kaya dengan mentega dan salutan coklat.

Biskut raya ini dinamakan jejari kerana bentuknya seperti jejari yang mudah dibuat dan kemudian disalut dengan coklat serta ditaburkan badam. Ia tidak begitu manis kerana biskut ini dibuat daripada adunan mentega, tepung gandum, gula perang, telur dan tepung ubi sahaja.

28576962_1858720667536409_8227829527860072697_n
Sumber : rasa.my

2. Tart Cadbury

Tart Cadbury merupakan biskut raya yang telah diinovasikan daripada tart nenas. Ramai gemar makan tart nenas tetapi kini tart Cadbury pula menjadi kegilaan. Hal ini kerana tekstur luar yang gebu dan rapuh menyebabkan ia mudah cair dalam mulut dan cepat habis di setiap rumah kerana kelazatan yang tidak terhingga.

Jika anda seorang penggemar coklat maka biskut ini wajib ada di rumah anda sempena Hari Raya. Ia dibuat sama seperti tart nenas tetapi gantikan intinya kepada coklat Cadbury. Tart Cadbury boleh dibuat dalam bentuk gulung, empat segi, bulat dan lain-lain mengikut inovasi sendiri.

DSC01834-01
Sumber : CNY Abdullah

3. Biskut Florentine

Biskut Florentine atau lebih dikenali sebagai Crunchy Caramel Almond Biscuit adalah biskut raya yang paling mudah untuk disediakan dan sesuai dimakan oleh semua golongan.

Ia dibuat dengan hanya menggunakan beberapa jenis kekacang seperti badam, biji labu hijau, biji bunga matahari, biji bijan hitam dan lain-lain mengikut cita rasa anda serta tepung florentina. Gaulkan kesemua bahan tersebut dan bakar dalam oven selama 15 minit. Siap! Anda boleh menikmati biskut ini bukan sahaja ketika hari raya malah pada bila-bila masa kerana ia sangat sihat untuk makan kekacang. Selamat mencuba!

semperit susu resepi che nom
Sumber: Che Nom

4. Semperit Susu

Antara biskut raya yang menjadi pilihan ramai dan wajib ada di setiap isi rumah adalah semperit susu. Ia juga dikenali sebagai semperit dahlia. Hanya memerlukan empat bahan iaitu mentega, susu pekat manis, tepung jagung dan tepung kastard untuk menghasilkan biskut enak ini yang mempunyai tekstur yang rangup, gebu, manis dan cair dimulut apabila dimakan.

Anda juga boleh menambah toping seperti coklat cip, buah ceri, sprinkle dan sebagainya mengikut selera masing-masing untuk meningkatkan rasa keenakannya.

chocolate-cornflake-cookies-3-Photograph-©-Good-Food-Stories-LLC-720×720
Sumber : goodfoodstories.com

5. Emping Jagung ‘Cornflakes’

Empingan jagung atau ‘cornflakes’ adalah antara kuih raya yang mudah dibuat ketika musim perayaan. Ramai gemar makan empingan jagung salutan madu kerana sangat senang untuk dibuat tetapi anda juga kini boleh cuba menginovasikannya dengan biskut perisa lain.

Misalnya biskut emping jagung coklat, telur masin, cip coklat, red velvet dan sebagainya boleh dibuat menggunakan emping jagung. Ia memang enak untuk dimakan serta digemari kanak-kanak ketika mengunjungi rumah anda ketika rumah terbuka.

em-red-velvet-cookies-articleLarge
Sumber : cooking.nytimes.com

6. Red Velvet

Jika anda seorang yang gemar makan kek red velvet maka biskut red velvet juga patut menjadi kegemaran anda. Biskut red velvet kini diminati ramai kerana keenakan biskut raya yang kaya dengan rasa minyak sapi dan coklat serta sangat lembut untuk dimakan. Ia juga sesuai dijadikan kudapan atau menjadi hidangan minum petang ketika musim raya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!