6 Tempat Berbuka Puasa Menarik

Masih mencari tempat ‘best’ untuk berbuka puasa? Selain hotel yang menawarkan bufet pelbagai, terdapat juga beberapa restoran dan kafe yang menyediakan makanan lazat sempena bulan puasa ini. Disenaraikan antara lokasi yang wajib anda cuba untuk berbuka kali ini!

IBT FB
Sumber : Facebook Ikan Bakar Terangkat

1. Ikan Bakar Terangkat

Teringin berbuka dengan juadah ikan bakar? Kunjungi restoran Ikan Bakar Terangkat yang terletak di Sungai Merab, Kajang. Restoran ini bukan sahaja terkenal dengan makanan laut segar malah ia menerima kunjungan pelanggan bagi ikan bakar kerana pes buatan sendiri yang enak.

ibt fb 1
Sumber : Facebook Ikan Bakar Terangkat

Terdapat pelbagai jenis pilihan ikan untuk ikan bakar seperti pari, merah, jenahak, cencaru, keli, talapia merah, bawal hitam dan banyak lagi. Selain itu, terdapat juga makanan laut jenis lain seperti ketam, cumi-cumi, kerang, udang dan sebagainya. Antara makanan lain yang terdapat di sini adalah Pahat Masak Pedas, Sotong Celup Tepung, Udang Celup Tepung, Sup Ketam, Nasi Goreng Terangkat, Ketam Bercili Terangkat dan sebagainya menjadi pilihan ramai.

Sekiranya anda ingin cuba makanan laut dan ikan bakar sebagai menu iftar, pastikan anda kunjungi restoran ini. Lakukan tempahan awal untuk memastikan ada tempat kosong untuk anda berbuka di sini.

3ffyyy
Sumber : Facebook 3ffy’s

2. 3ffy’s

Jika anda ingin lauk western dan kampung sekali di satu tempat, kunjungi kafe 3ffy’s yang terletak di Glenmarie dan Rantau Panjang. 3ffy’s telah menambat hati ramai dengan menawarkan pelbagai hidangan yang pasti sedap sampai menjilat jari.

tffy’s fb
Sumber : Facebook 3ffy’s

Antara set Ramadan yang ditawarkan adalah Fattoush Salad, Pilaf Rice with Cashew and Sultanas, Satay Marinated Half Chicken yang dihidangkan dengan kuah kacang, Nestum Buttercream Prawns, Pan Seared Striploin Steak dengan sos lada hitam dan 4 Sparkling Rose Selasih.

3FF
Sumber : Facebook 3ffy’s

Memang padu untuk makan set Ramadan 3ffy’s kerana porsi makanannya yang sangat besar dan berbaloi dengan harga. Selain set Ramadan terdapat juga makanan lazat seperti Mushroom Spaghetti, Grilled Black Pepper Chicken, Fish Fillet dan sebagainya boleh dinikmati bersama keluarga anda.

278810476_1876910845827471_4708840870415715958_n
Sumber : Facebook Andra By Gula Cakery

3. Andra by Gula Cakery

Andra by Gula Cakery merupakan kafe terkenal di Puncak Alam bagi hidangan pencuci mulut. Pada bulan puasa ini, Andra menyediakan bufet Ramadan istimewa di mana pelanggan boleh memilih makanan daripada menu utama diikuti dengan pembuka selera dan pencuci mulut.

andra spicy buttermilk chicken fb
Sumber : Facebook Andra By Gula Cakery

Antara menu pembuka selera yang ditawarkan adalah Roti Jala, Sweet Potato Fries, Mushroom Soup and Garlic Bread, Popia, Serawa Durian dan sebagainya. Anda juga boleh nikmati pencuci mulut seperti Double Chocolate Nutella Cake, Pandan Gula Melaka, Burnt Cheesecake, Gula Creamery Ice Cream dan Mixed Fruits. Nikmati iftar anda bersama keluarga sambil menikmati pandangan yang mengasyikkan. Lakukan tempahan awal di laman web atau talian kafe.

ink
Sumber : Facebook The Ink Library Cafe

4. Ink Library Cafe

Ingin berbuka puasa sambil menikmati pemandangan alam semula jadi? Ink Library Cafe di Granduer Labs, Puncak Alam berkonsepkan kafe kontainer merupakan tempat paling sesuai bagi anda berbuka puasa bersama keluarga atau rakan.

ink1
Sumber : Facebook The Ink Library Cafe

Kafe ini nyata tampil berbeza apabila mengetengahkan tema basikal pada hiasan dalaman kafe ini. Menu iftar khas kafe ini terdiri daripada Chicken Chop, Butter Rice, Lamb Burger, Spaghetti, Piza dan sebagainya.

kafe kampung fb
Sumber : Facebook Kafe Kampung Kaw

5. Kafe Kampung Kaw

Sekiranya anda peminat makanan kampung, anda wajib kunjungi ke Kafe Kampung Kaw yang terletak di Port Dickson. Terdapat makanan sedap dan lazat sehingga anda boleh menjilat jari seperti Kambing Bakar, Satay Chicken Chop, Sweet and Sour Fish, sayur campur dan sebagainya.

kaf
Sumber : Facebook Kafe Kampung Kaw

Kafe ini turut menyediakan menu iftar menarik seperti set berompek dan set bercinto dengan makanan lazat. Anda juga boleh menikmati juadah lain seperti Nasi Goreng Tulang Rusuk Kambing, Nasi Goreng Kambing Bakar, Nasi Putih Ayam Bakar, Piza Kambing, Daging, Seafood, Tulang Rusuk Kambing dan sebagainya.

Serai-Group-Homepage-1
Sumber : Serai Group

6. Restoran Serai Thai

Adakah anda peminat makanan Thai? Restoran Serai Thai merupakan tempat sesuai untuk anda berbuka puasa terutamanya bagi yang menetap di Shah Alam dan Setia Alam. Restoran ini bukan sahaja terkenal kerana keenakan makanan Thai, malah suasana restoran ini juga sangat cantik dan selesa!

Antara masakan Thai yang menjadi kegemaran ramai ialah Siakap Stim Limau, Pineapple Fried Rice dan Tomyam Seafood dan untuk pencuci mulut pula Tab Tim Grob atau Red Rubies menjadi pilihan utama pelanggan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!