Jangan Memandu Jika 3 Lampu Amaran Ini Menyala

Lampu indikator pada panel papan pemuka (dashboard) yang menyala ataupun berkelip-kelip ketika memandu merupakan antara tanda amaran yang perlu diberi perhatian. Ia merupakan petanda awal yang menunjukkan terdapat masalah atau kerosakan pada sistem kereta anda. Berikut merupakan 3 lampu amaran yang perlu anda awasi dan mengambil tindakan awal iaitu:

image-97
Sumber : semakanonline.com

1. Lampu Amaran Suhu Enjin

Simbol lampu amaran suhu enjin akan menyala disebabkan perubahan suhu dalam enjin kereta anda. Indikator ini menyala apabila air coolant dalam radiator kereta berada pada tahap rendah dan enjin kereta berada dalam suhu amat panas. Hal ini juga boleh berlaku akibat radiator bocor atau penutup kepala gasket rosak.

Apabila indikator ini menyala, segera hentikan kenderaan anda di bahu jalan dan periksa tahap air radiator selepas enjin sejuk. Pastikan anda tambah air sekiranya paras air rendah untuk meneruskan perjalanan. Selain itu, periksa juga keadaan hos getah, radiator dan kipas radiator untuk memastikan punca sebenar kenaikan suhu enjin berlaku.

image-89
Sumber : semakanonline.com

2. Lampu Amaran Brek Tangan

Brek tangan merupakan komponen kereta yang sangat penting bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan. Indikator amaran brek tangan akan menyala apabila lampu mentol brek terbakar, kenderaan kehilangan kemampuan membrek, paras minyak brek rendah, pelapik brek haus atau kerosakan pada master brek pam.

Sekiranya lampu indikator ini menyala, segera hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan awal untuk mengenal pasti puncanya. Pastikan anda periksa paras minyak brek, keadaan brek tangan, pelapik brek dan lain-lain sebelum melakukan perjalanan semula. Segera cari bengkel berdekatan dan dapatkan bantuan daripada pakar.

3

3. Lampu Amaran Tekanan Minyak Enjin

Pernahkan anda perasan lampu amaran tekanan minyak enjin menyala lebih daripada dua saat? Jika ya, ia menunjukkan terdapat masalah pada enjin kenderaan anda yang memerlukan pemeriksaan segera.

Lampu ini menyala sebagai tanda amaran bahawa terdapat masalah pada sistem pelinciran kereta. Ia boleh berlaku akibat kebocoran minyak enjin, pam minyak enjin mengalami kerosakan atau suis tekanan minyak mengalami kerosakan. Oleh itu, sekiranya lampu indikator ini menyala, pastikan anda bertindak segera untuk menghantar kereta ke bengkel bagi memperbaikinya kerana memandu walaupun beberapa saat dengan tekanan minyak rendah boleh merosakkan enjin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!