5 Lokasi Terbaik Untuk Membeli Baju Raya

Musim raya bakal tiba tapi anda masih belum beli baju raya? Jangan risau, kini anda boleh membeli baju raya atau fabrik yang canti dan berkualiti dengan harga mampu milik di lokasi-lokasi berikut:

pkns fb
Sumber : Facebook Kompleks PKNS Shah Alam

1. Kompleks PKNS Shah Alam

Tempat wajib terjah bila tiba musim raya ialah Kompleks PKNS Shah Alam untuk membeli kelengkapan raya. Kompleks ini memang mempunyai ramai pengunjung yang ingin membeli baju raya bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk satu keluarga mengikut tema warna.

Terdapat banyak pilihan dan pelbagai barang yang boleh didapati di sini seperti kasut, baju Melayu, baju kurung, jubah, tudung, aksesori pakaian, kuih raya, perhiasan dan sebagainya.

Bazar-Aidilfitri9-1-696×444
Sumber : UtusanTV

2. Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)

Bukan sahaja terkenal untuk bazar Ramadan, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) juga menjadi tarikan untuk pembeli terutama pada musim raya. Anda boleh mengunjungi gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis pakaian murah tapi berkualiti dengan stok dan corak yang diperbaharui hampir setiap minggu.

Terdapat juga pakaian daripada butik-butik eksklusif yang menjual pelbagai rekaan pakaian, tudung, dan aksesori bagi menepati pelbagai cita rasa. Tempat ini biasanya menjadi sesak dua hari sebelum hari raya kerana promosi luar biasa pada hari terakhir yang dibuat untuk jualan penghabisan stok.

Project_2nd-Page_1_Jakel-Square-01
Sumber : Jakel Development

3. Jakel Mall

Mencari baju raya yang cantik dan menarik? Jakel Mall yang mempunyai banyak cawangan terbesar di Malaysia merupakan antara tempat sesuai untuk memilih baju raya mengikut cita rasa anda.

Baju kurung, baju Melayu, kurta, langsir, kain songket, samping, fabrik, baju kanak-kanak dan sebagainya boleh didapati dengan harga berpatutan. Sekiranya anda tidak mempunyai masa atau ingin mengelak dari keadaan yang sesak, anda boleh juga mendapatkan segala keperluan dari jenama ini secara atas talian di pautan Jakel Online.

14310291_158242237958403_8165629689893930606_o
Sumber : Facebook Bangi Sentral Shopping Hub

4. Bangi Sentral

Bangi Sentral adalah syurga bagi peminat tudung dan baju tradisional Melayu. Terdapat banyak kedai-kedai atas talian yang bertapak di sini untuk memudahkan anda memilih sendiri pakaian jenama kegemaran anda. Antara butik terkenal adalah Bella Ammara, Jelita Sara, Iman, MCC, Ms.Husna dan sebagainya. Bangi Sentral menjadi pilihan ramai kerana ia menawarkan harga mampu milik dan juga menjanjikan mutu serta kualiti produk yang terbaik.

IMG_4011
Sumber : azaleania.blogspot.com

5. Nilai 3

Nilai 3 sememangnya sinonim dengan aktiviti membeli-belah bukan sahaja pada musim raya malah pada setiap hari ia menjadi tumpuan ramai pengunjung. Antara barangan yang ada di Nilai 3 ialah karpet, langsir, perabot, baju raya, barang perhiasan raya dan kelengkapan dapur. Kelebihan apabila anda mengunjungi Nilai 3 adalah anda dapat tawar menawar harga dengan penjual di sana. Pendek kata, bila datang ke Nilai 3 anda kena bawa duit yang banyak sebab sememangnya ada bermacam-macam benda menarik untuk dibeli.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!