Perkhidmatan Dan Kemudahan SPANCO

Pelanggan SPANCO dapat menikmati pelbagai perkhidmatan pengurusan fleet profesional yang disediakan pada bila-bila masa walaupun semasa musim perayaan seperti:

1. Bantuan Servis Kecemasan

Pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol 24 jam SPANCO di 1800-88-6999 jika mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan atau mendapatkan bantuan servis kecemasan yang melibatkan kenderaan SPANCO.

2. Unit Kawalan Senggaraan dan Teknikal

Unit Kawalan Senggaraan dan Teknikal bertanggungjawab terhadap operasi harian meliputi Pusat Panggilan 24 jam, kelulusan kerja-kerja senggaraan dan pembaikan yang dimohon serta pengurusan kenderaan kemalangan.

Unit ini juga memantau perkhidmatan Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi serta semua Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh Malaysia agar sentiasa mematuhi tanda aras, memberi liputan yang meluas dan mudah dikunjungi serta menyediakan servis yang ramah, mesra lagi cekap buat pelanggan SPANCO.

3. Rangkaian Nasional SPANCO

Rangkaian nasional SPANCO merangkumi 2 Pusat Servis Wilayah (PSW) dan hampir 300 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara. SPANCO juga mempunyai pusat servis utama yang bertaraf ISO yang menyediakan pembaikan dan penyenggaraan kenderaan menyeluruh menggunakan peralatan berteknologi tinggi.

Pelanggan boleh menghantar kenderaan untuk disenggara atau dibaiki di mana-mana Pusat Servis Wilayah atau Pusat Servis Diiktiraf, pada bila-bila masa dan tanpa kos tambahan.

4. Khidmat Tunda Kenderaan

Pelanggan yang mengalami kerosakan kenderaan boleh mendapatkan khidmat bantuan servis kerosakan, termasuk khidmat tunda yang disediakan oleh SPANCO melalui rangkaian pusat servis. Pasukan bantuan kerosakan SPANCO sentiasa bersedia untuk ke tempat kejadian pada bila-bila masa.

Anda boleh beraya tanpa risau kerana pasukan bantuan kerosakan SPANCO sentiasa bersedia untuk membantu anda. SPANCO sentiasa bersama mu!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!