Panduan Memilih Pelapik Brek Sesuai

Pelapik brek atau lebih dikenali sebagai ‘brake pad’ adalah salah satu komponen kereta yang perlu diganti secara berkala. Lama-kelamaan ia akan menjadi nipis akibat geseran pada rotar brek setiap kali anda memperlahankan kenderaan. Oleh itu, bagi menggantikan pelapik brek, anda perlu mengikuti beberapa panduan berikut:

Kenali Jenis Pelapik Brek

Terdapat tiga jenis pelapik brek di pasaran yang boleh digunakan untuk kenderaan. Pengguna perlu mengetahui jenis pelapik brek yang digunakan pada kenderaan supaya dapat mencari gantian yang sesuai. Berikut merupakan jenis-jenis pelapik brek yang terdapat di pasaran:

• Organik – diperbuat daripada bahan seperti getah, karbon atau kaca. Pelapik brek jenis organik ini sangat lembut dan kurang menghasilkan bunyi semasa membrek. Oleh kerana ia lebih lembut, pelapik brek organik cenderung untuk haus dengan lebih cepat dan menghasilkan lebih banyak habuk.
• Seramik – diperbuat daripada bahan seramik dan dicampur dengan ‘copper fibers’. Ia lebih bagus daripada jenis organik dari segi kebolehupayaannya. Pelapik brek seramik juga lembut dan tidak menghasilkan bunyi, habuk, tahan lama serta tidak perlu ditukar dengan kerap.
• Metalik – terdapat dua jenis metalik iaitu ‘semi metallic’ dan ‘low metallic’. Perbezaannya adalah ‘semi metallic’ mengandungi 35% hingga 65% bahan logam manakala ‘low metallic’ mengandungi 10% hingga 30% bahan logam. Disebabkan kandungan besi ini pelapik brek jenis metalik mampu untuk mengawal pengeluaran habuk.

Pilihan Pelapik Brek

Setelah mengetahui jenis-jenis pelapik brek, anda perlu mengenal pasti pelapik brek yang paling sesuai untuk jenis kenderaan anda. Ia sebenarnya dipengaruhi oleh jenis kenderaan seperti:

• Kenderaan Ringan Dan Kompak

Kenderaan ringan dan kompak tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk menghentikannya. Bagi kenderaan jenis ini, pelapik brek organik boleh memberikan kuasa henti yang diperlukan oleh kenderaan dengan penghasilan bunyi yang sedikit.

• Kenderaan Bersaiz Sederhana

Dengan peningkatan saiz kereta, lebih banyak kuasa henti diperlukan untuk membrek. Oleh itu, pelapik brek jenis ‘low metallic’ sesuai digunakan pada kenderaan saiz sederhana kerana kandungan besi yang rendah yang membantu pemindahan haba dan mempunyai kekuatan cengkaman yang baik.

• Kereta Lumba

Kereta lumba memerlukan tekanan yang tinggi ketika membrek. Oleh itu, pelapik brek jenis seramik sesuai digunakan berbanding organik kerana ia memberikan kuasa henti yang diperlukan dengan baik.

• Kenderaan Berat

Kenderaan berat seperti lori, van, bas dan sebagainya memerlukan tekanan yang lebih tinggi untuk membrek. Pelapik brek dengan kandungan besi yang tinggi disyorkan untuk kenderaan berat agar dapat membrek dengan mudah dan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!