Panduan Mencuci Kereta

Kebersihan kenderaan perlu diberi perhatian untuk pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan. Ramai mengabaikan kebersihan kenderaan sehingga hanya membersihkannya sebulan sekali. Cuci kereta dengan kaedah yang betul bukanlah suatu perkara yang sukar untuk dilakukan walaupun di rumah. Disenaraikan beberapa panduan yang perlu anda ikuti untuk menjaga kenderaan anda.

Barang Keperluan Mencuci Kereta

Sebelum mula mencuci kereta adalah penting untuk mengetahui barang-barang yang diperlukan untuk lakukan pembersihan iaitu:

•Kain Mikrofiber – Span boleh memerangkap habuk pasir hingga meninggalkan kesan calar pada kenderaan. Oleh itu, pastikan anda sentiasa menggunakan kain mikrofiber semasa mencuci kenderaan anda. Penggunaan kain mikrofiber mudah menyerap air dan menanggalkan kotoran degil serta memberi cucian lebih bersih.
•Berus – gunakan berus halus untuk mencuci bahagian tayar kereta.
•‘Lint free cloth’ – sesuai untuk membersihkan cermin kereta.
•Kain Chamois – sesuai digunakan untuk lap kenderaan bagi tujuan pengeringan.
•Sabun Pencuci Kereta – gunakan sabun pencuci kereta khas supaya ia membersihkan kenderaan dan mencegah hakisan cat.

Tips Mencuci Kereta

1. Mencuci Bahagian Atas Kereta

Ramai gemar mula mencuci kereta dengan membersihkan tayar atau badan kereta. Ia merupakan satu langkah salah kerana anda perlu mulakan mencuci bahagaian atas kereta dahulu. Hal ini penting agar tidak mengotorkan semula bahagian tepi kenderaan yang telah dibasuhkan oleh anda jika memulakan pembersihan di bahagian tersebut.

Dengan ini, pastikan anda membersihkan dari bahagian atas kereta diikuti dengan bahagian tepi, belakang, depan dan tayar kereta.

2. Membersihkan Cermin

Cermin kenderaan merupakan bahagian penting kereta yang perlu dibersihkan dengan betul agar tidak menjejaskan penglihatan anda semasa memandu terutamanya ketika hujan. Gunakan kain ‘lint free cloth’ dan pembersih gelas untuk membersihkan cermin kenderaan anda.

Selain itu, pastikan anda mengelap cermin secara sehala pada bahagian dalam dan luar. Jangan lupa bersihkan bilah pengelap cermin setelah mengelap cermin hadapan bagi mengelakkan pengumpulan kotoran seperti pasir dan debu di bawah bilah pengelap.

3. Membersihkan Tayar

Membersihkan bahagian tayar memang agak sukar dan memerlukan teknik serta kesabaran yang tinggi. Hal ini kerana tayar merupakan bahagian yang paling terdedah dengan kotoran seperti minyak, tar, habuk, sisa lapik pad brek, lumpur dan sebagainya.

Gunakan bahan pembersih yang betul dan bersesuaian untuk menanggalkan segala kotoran yang terkumpul pada tayar kenderaan. Selepas mencuci tayar pastikan anda ‘wax’ agar dapat melindungi tayar selain kelihatan baik.

4. Membersihkan Bahagian Dalam

Selain menjaga bahagian luar kereta ia sangat penting untuk membersihkan bahagian dalam kenderaan. Pastikan anda vakum bahagian kerusi, karpet, tempat letak tangan, pemegang cawan dan lain-lain yang mungkin terdedah pada kotoran seperti habuk dan pasir.

Bagi kerusi pula, pastikan anda bersihkannya dengan pencuci khas dan mengelap permukaan kerusi dengan kain mikrofiber bagi menghapuskan kotoran degil serta mengembalikannya seperti kerusi baharu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!