Tip Kekal Cergas Dan Sihat Di Bulan Ramadan

Ramadan adalah salah satu bulan paling istimewa dalam kalendar Islam. Semasa bulan mulia ini ramai umat Islam akan menunaikan ibadat mereka dengan berpuasa. Pada masa yang sama, penting untuk kita kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan dengan melakukan aktiviti senaman ringan. Disenaraikan beberapa tip kekal cergas dan sihat seperti berikut:

1. Lakukan Senaman Yang Betul

Memang sukar untuk melakukan senaman pada bulan puasa kerana cepat penat. Namun bagi badan yang sihat dan minda yang cergas senaman perlu dilakukan mengikut kemampuan individu pada bulan mulia ini. Ia sangat penting untuk menjaga kesihatan badan.

Anda tidak perlu membuat senaman yang berat. Cukup sekadar melakukannya dalam masa 10 hingga 20 minit saja atau lakukan senaman ringan pada waktu siang untuk membuatkan kita lebih cergas sepanjang bulan puasa.

2. Makanan Seimbang

Pengambilan makanan seimbang sepanjang bulan Ramadan juga sangat penting untuk kekal sihat serta bertenaga untuk melakukan aktiviti senaman ringan. Selain itu, penjagaan makanan juga perlu dititikberatkan oleh setiap individu yang berpuasa kerana mudah tergoda apabila melihat makanan yang banyak di restoran, bazar, pasar malam dan sebagainya.

Pastikan anda mengambil makanan yang betul terutamanya ketika sahur untuk mengembalikan tenaga anda.

3. Rehat Yang Secukupnya

Ramai yang berpuasa walaupun penat bekerja, menjaga anak dan membuat pelbagai aktiviti. Rehat yang secukupnya amat diperlukan untuk menjaga kesihatan badan supaya dapat memberi kesegaran dan kecergasan kepada tubuh.

Kekurangan tidur berkualiti mampu menjejaskan rutin harian khususnya ketika berpuasa. Pengurusan masa dan waktu tidur perlu diatur dengan betul supaya tubuh kita tidak mengalami stres dan menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu, pastikan anda dapat berehat dengan secukupnya.

4. Elakkan Makanan Manis dan Masin

Elakkan minuman manis seperti jus buah-buahan atau minuman berkarbonat. Hal ini kerana ia akan menyebabkan kita jadi cepat penat dan letih serta membuatkan kita sukar untuk menahan lapar sepanjang hari.

Disamping itu, garam juga merupakan antara elemen yang boleh menyebabkan kita mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau dehidrasi. Tubuh akan menjadi cepat letih dan akan cepat merasa dahaga. Oleh itu, elakkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi ketika berpuasa.

5. Minum Air Secukupnya

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air selepas berbuka hingga sebelum sahur. Jangan memaksa diri anda untuk meminum 8 gelas air kerana anda juga boleh mengekalkan tubuh anda berhidrat dalam bentuk hidangan yang mempunyai kandungan air tinggi. Misalnya sup sayur, jus buah-buahan dan sayur-sayuran, tomato, timun dan sebagainya. Pengambilan makanan dan minuman ini dapat meningkatkan kecergasan anda untuk berdepan sepanjang hari.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!