Bahaya Memandu Kereta Dengan Bahan Api Rendah

Adakah anda berasa cemas apabila melihat kelipan simbol tangki bahan api mula menyala pada papan pemuka kenderaan? Ia boleh menjadi pengalaman yang menakutkan jika anda berada di lebuh raya tanpa melihat stesen minyak berdekatan.

Memandu dengan bahan api yang rendah boleh merosakkan pam bahan api dan komponen lain dalam kenderaan jika ia menjadi satu tabiat berkekalan. Ketahui kesan-kesan memandu dengan bahan api rendah seperti berikut:

Pam Bahan Api

Pam bahan api atau lebih dikenali sebagai ‘fuel pump’ memainkan peranan penting dalam sistem pembakaran bahan api kenderaan. Ia berfungsi untuk mengepam bahan api yang mencukupi dari tangki minyak ke silinder enjin pada tekanan yang tetap. Tanpa ‘fuel pump’, kereta anda tidak dapat bergerak.

Kesan Memandu Dengan Bahan Api Rendah

1. Berlaku Geseran Berlebihan

Bahan api yang ada di dalam tangki juga berfungsi sebagai minyak pelincir untuk ‘fuel pump’. Oleh itu, apabila bahan api berada di paras yang rendah bermakna ‘fuel pump’ berfungsi tanpa minyak sebagai pelincir. Hal ini menyebabkan berlakunya geseran terhadap ‘fuel pump’ serta meningkatkan penggunaan bahan api.

2. Fuel Pump Panas

Selain menjadi pelincir, bahan api juga menjadi bahan penyejuk untuk ‘fuel pump’. Apabila bahan api berada pada paras yang rendah, sebahagian besar ‘fuel pump’ tidak terendam di dalam bahan api berbanding tangki yang lebih terisi. Ini sekaligus menyebabkan suhu ‘fuel pump’ menjadi sedikit tinggi daripada biasa.

3. Kerosakan Enjin

Pam bahan api akan sentiasa beroperasi sebaik sahaja enjin dihidupkan, namun bagi pam bahan api yang bermasalah, ia tidak dapat mengepam bahan api yang mencukupi ke bahagian enjin sekali gus menyebabkan enjin kereta sukar untuk dihidupkan.

Hal ini berlaku kerana enjin kehilangan kuasa kerana tidak mempunyai aliran bahan api yang stabil ke bahagian enjin. Oleh itu, ia memerlukan anda menghidupkan enjin beberapa kali sebelum ia berfungsi dengan normal.

Cara Menjimatkan Penggunaan Bahan Api

Bagi mengelakkan kehabisan bahan api pada situasi terdesak, berikut disenaraikan beberapa tip menjimatkan penggunaan bahan api:

• Pastikan takat bahan api tidak kurang daripada ¼ penuh
• Cari stesen minyak yang berhampiran anda
• Matikan penghawa dingin jika anda kehabisan bahan api
• Jangan memandu secara laju atau memecut dengan pantas

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!