Pengurusan Fleet Profesional SPANCO

SPANCO merupakan sebuah syarikat perintis dalam pengurusan fleet profesional di Malaysia. SPANCO telah diberi tanggungjawab untuk mengurus, membekal dan menggantikan kenderaan saloon kepada Kerajaan Malaysia yang turut meliputi pakej penyenggaraan penuh kenderaan sejak 1 Januari 1994.

SPANCO menyediakan penyelesaian menyeluruh dalam pengurusan fleet untuk kementerian, jabatan dan agensi Persekutuan di seluruh negara. Pasukan pengurusan dan kakitangan teknikal syarikat juga mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam industri automotif, sektor penyenggaraan dan pembaikan kenderaan yang menyumbang ke arah pembangunan SPANCO sehingga kini.

photo_2022-03-28_00-13-29

Selain itu, SPANCO turut menerima pengiktirafan Antarabangsa di atas keupayaan dalam menguruskan operasi sokongan fleet melalui rangkaian perkhidmatan yang terdiri daripada dua Pusat Servis Wilayah (PSW) yang didukungi oleh lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf (PSD) di seluruh negara.

Dengan perancangan strategik, tenaga kerja yang berdedikasi dan berkemahiran, pengurusan profesional serta peralatan berteknologi tinggi, SPANCO terus komited untuk memberikan perkhidmatan cemerlang dan memastikan lebih 13,000 unit kenderaan sentiasa berada dalam terbaik demi kepuasan para pengguna kenderaan SPANCO.

Perkhidmatan SPANCO Kepada Pelanggan

• Penggantian kenderaan pada kitaran yang tetap
• Kenderaan yang sentiasa dijaga rapi
• Pengurusan tuntutan kemalangan dan litigasi
• Pengurusan kompaun dan saman trafik
• Pusat panggilan kecemasan bebas tol 24 jam
• Khidmat bantuan kecemasan 24 jam
• Khidmat tunda 24 jam
• Laporan dan analisis fleet terperinci
• Maklumat data kenderaan

Gabungan kesemua aspek ini telah menjadikan SPANCO sebuah syarikat Pengurusan Fleet
Profesional terunggul di Malaysia. SPANCO sentiasa komited dan bersedia memberikan
perkhidmatan yang terbaik sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian tahap
perkhidmatan, malah melangkaui lebih daripada itu. SPANCO bertekad memastikan supaya
semua petunjuk prestasi utama (KPI) dipenuhi secara konsisten. Ia juga diterjemahkan
melalui tahap kebolehupayaan gerak kenderaan melebihi 98% pada sepanjang masa.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!