Risiko Penunggang Motosikal Berteduh Di Bahu Jalan Ketika Hujan

Keadaan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini telah memberi cabaran kepada pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal. Menunggang motosikal ketika hujan lebat sangat berbahaya dan ia menyebabkan mereka terpaksa berhenti dan berteduh di bawah jambatan buat seketika. Namun, tindakan sedemikian mengundang risiko dirempuh oleh kenderaan lain yang boleh menyebabkan kematian atau kecederaan.

Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh penunggang motosikal ketika hujan:

1. Sentiasa Membawa Baju Hujan

Penunggang motosikal perlu sentiasa membawa atau menyimpan baju hujan bagi melindungi diri daripada cuaca tidak menentu ini. Pastikan anda memilih saiz baju hujan yang bersesuaian bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semasa menunggang motosikal.

2. Cari Tempat Selamat

Cari tempat yang selamat untuk berteduh seperti kawasan rehat dan rawat (R&R) atau hentian berteduh khas motosikal yang disediakan. Sekiranya perlu berhenti di bawah jambatan, pastikan anda memilih tempat yang lebih selamat seperti berdiri di bahagian penghadang jalan untuk keselamatan diri.

3. Elakkan Berada Di Jalan Utama

Elakkan duduk di atas motosikal dan berada hampir dengan jalan utama bagi mengelakkan risiko terdedah kepada kemalangan. Banyak kes kemalangan ketika hujan berlaku disebabkan penunggang motosikal berteduh secara kumpulan di bawah jambatan. Pastikan anda sentiasa berada di belakang penghadang jalan untuk melindungi diri.

4. Gunakan Lampu

Pastikan anda gunakan lampu motosikal bagi membolehkan pengguna jalan raya lain melihat kemunculan anda. Selain itu, pastikan anda memakai topi keledar yang mempunyai ‘visor’ untuk mengelakkan penglihatan terganggu ketika hujan.

5. Beri Isyarat

Gunakan lampu isyarat untuk memberi isyarat awal ketika menukar lorong agar kenderaan di belakang dapat mengetahui pergerakan kenderaan anda semasa waktu hujan. Keadaan jalan raya gelap dan berkabus boleh mengganggu penglihatan pengguna kenderaan yang lain. Oleh itu, penggunaan lampu isyarat ini mampu memberi amaran kepada mereka untuk memperlahankan kenderaannya dan memberi laluan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!