Makanan Sahur Sihat Dan Berkhasiat

Bulan Ramadan bakal tiba dalam hanya beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam sentiasa menanti ketibaan bulan mulia ini setiap tahun bagi menumpukan kepada amal ibadah, salah satunya kewajipan berpuasa.

Sahur merupakan santapan pertama sebelum berpuasa di siang hari. Memilih makanan yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengekalkan kecergasan sepanjang waktu berpuasa. Oleh itu, sangat penting untuk kita mengutamakan amalan bersahur dan makan makanan yang betul serta berkhasiat sepanjang bulan puasa. Disenaraikan beberapa makanan sahur sihat yang mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari:

Healthy food high in protein
Sumber : www.eatingwell.com

1. Lebihkan Makanan Protein

Makanan ketika sahur adalah sumber tenaga utama bagi menjalani ibadah puasa sepanjang hari. Bagi anda kekal bertenaga sepanjang hari dan rasa kenyang lebih lama anda perlu mengambil makanan berasaskan protein daripada karbohidrat.

Anda boleh mendapatkan sumber-sumber khasiat protein yang berkualiti seperti telur, ikan, ayam, daging, susu, tauhu, tempe, kekacang dan lain-lain. Ia boleh membantu anda menahan rasa lapar secara lebih berkesan kerana proses penghadaman protein adalah lebih perlahan berbanding karbohidrat.

2. Bijirin Oats

Serat merupakan salah satu makanan yang penting untuk mengenyangkan seseorang, membekalkan tenaga seharian dan melambatkan rasa lapar. Makanan seperti oats merupakan serat yang terbaik semasa sahur bagi membekalkan tenaga.

Anda boleh cuba ‘overnight’ oat dengan menambahkan buah-buahan, kekacang dan lain-lain yang memberi khasiat lebih mengikut selera anda.

3. Sayur-Sayuran Dan Buah-Buahan

Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah makanan yang kaya dengan mineral dan vitamin yang membekalkan tenaga sepanjang puasa. Pengambilan buah-buahan juga membantu anda untuk kekal berhidrat kerana kandungan air yang terdapat di dalamnya amat tinggi selain meminum air kosong. Tembikai, strawberi, pic, oren, tomato, timun, salad, bayam dan saderi adalah antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh anda makan pada waktu sahur.

4. Kentang Rebus

Kentang rebus atau yang dipanggang sangat padat dan kaya dengan kandungan vitamin C serta beberapa nutrisi sihat yang lain. Ia merupakan makanan paling efektif dan sesuai dimakan ketika sahur kerana kentang mengurangkan keinginan makan pada siang hari berbanding makanan lain serta lebih mengenyangkan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!