5 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Kanak-Kanak

Murid dan pelajar telah memulakan sesi persekolahan 2022 seperti biasa dan bersemuka bersama guru dengan mengikut tetapan prosedur operasi standard (SOP) sejak minggu lepas. Selepas hampir dua tahun tidak belajar secara bersemuka, ramai pelajar khususnya kanak-kanak mesti teruja untuk belajar bersama-sama dengan kawan lama dan baharu.

Apabila berada dalam kalangan ramai terutamanya bagi kanak-kanak, mereka mungkin menghadapi masalah dari segi keyakinan diri. Kanak-kanak akan mudah cemas dan mungkin memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian mereka, seperti cabaran sosial dan akademik. Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam membantu anak-anak menyedari potensi dan mengukuhkan kemahiran keyakinan diri:

1. Galakkan Perbincangan Yang Positif

Kanak-kanak yang mempunyai kebimbangan cenderung bersikap keras terhadap diri mereka sendiri. Mereka mungkin merujuk kepada diri mereka sebagai ‘pelik’ atau ’tidak hebat’, yang hanya memburukkan keadaan dan merendahkan keyakinan diri mereka.

Ibu bapa boleh mengatasi masalah ini dan meningkatkan keyakinan anak anda dengan mengajar mereka kepentingan mempertingkatkan pertuturan diri dan bahasa mereka. Bantu mereka menggantikan pemikiran negatif ‘saya tidak boleh’ dengan perspektif yang lebih positif untuk merangka semula kepercayaan mereka.

2. Senaraikan Kekuatan Mereka

Ramai ibu bapa gagal memberitahu kekuatan anak-anak kepada mereka. Hal ini menyebabkan anak anda tidak mengenali kekuatan dan kelebihan diri sendiri. Bagi meningkatkan keyakinan mereka, anda perlu sentiasa memberitahu kekuatan anak anda.

Galakkan mereka untuk menyenaraikan perkara yang mereka mahir dan suka lakukan. Gunakan senarai tersebut sebagai panduan untuk mengingatkan mereka tentang kekuatan mereka bagi mengatasi kebimbangannya.

3. Elakkan Perbandingan

Salah satu kesilapan yang ramai ibu bapa lakukan adalah sentiasa membandingkan anak-anak dengan pencapaian kanak-kanak atau remaja lain yang sebaya dengan mereka. Perbuatan ini boleh menjejaskan kesihatan mental mereka.

Elakkan membuat perbandingan antara kanak-kanak dan mulakan memuji pencapaian mereka. Jika pencapaian mereka tidak bagus, berikan kata-kata motivasi dan pujian seperti ‘tahniah’, ‘syabas’, ‘bijak’ dan seumpama dengannya dapat menambah keyakinan diri anak anda. Ia juga akan menggalakkan mereka untuk lebih berusaha melakukan yang terbaik kerana pujian dan penghargaan itu satu kepentingan dalam perkembangan diri.

mstar.com.my
Sumber : mstar.com.my

4. Tunjukkan Kasih Sayang

Sentiasa biarkan anak anda tahu bahawa anda tetap akan sayang mereka walau apa pun yang berlaku. Walaupun mereka lakukan kesalahan, anda perlu mengajar dengan kasih sayang untuk membetulkan kesalahan mereka.

Kanak-kanak lebih memahami kesilapan mereka jika diberitahu dengan kasih sayang daripada dimarahi. Selain itu, pastikan anak anda tahu bahawa anda fikir mereka adalah hebat dan bukan hanya ketika mereka melakukan sesuatu perkara hebat atau menang dalam sesuatu perkara. Hal ini akan meningkatkan nilai dirinya walaupun ada masa mereka merasakan diri tidak berguna atau sia-sia.

5. Hasilkan Aktiviti Baru

Bawalah anak anda untuk melibatkan diri mereka dengan aktiviti dan program anjuran luar. Sebagai contoh, hantar anak anda untuk memasuki kelas teater, pertandingan mewarna, pertandingan menyanyi dan lain-lain yang membolehkan mereka melibatkan diri dan bergaul dengan orang luar, sekaligus mendapat kenalan baru.

Apabila mereka sudah mempunyai hobi baru pasti mereka akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan keyakinan diri anak anda tambahan pula apabila mereka dapat berinteraksi dengan orang yang mempunyai hobi yang sama.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!