Program Servis Audit SPANCO 2022

Program audit pada tahun 2022 telah berlangsung dari 28 Februari hingga 23 Mac di Pusat Servis Wilayah (PSW) Batu Caves. Program ini dijalankan oleh pasukan Servis Audit SPANCO yang berada dibawah Jabatan Pengurusan Pematuhan (Compliance Management Department). Sebagai makluman tambahan, program servis audit ini dijalankan di seluruh negara secara berperingkat.

Pada sesi ini, sebanyak 407 unit kereta peronda atau Mobile Patrol Vehicle (MPV) yang berada di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPK Kuala Lumpur telah terlibat dalam audit yang dijalankan pada kali ini.

photo_2022-03-18_17-38-58

Sebanyak 407 unit MPV telah menjalani proses audit PSW Batu Caves. Proses ini dijalankan dalam beberapa sesi. Sesi pertama bermula pada 28 Februari hingga 04 Mac, diikuti pada 07 Mac hingga 11 Mac dan telah berakhir pada 14 Mac hingga 16 Mac 2022.

Objektif utama program servis audit ini diadakan adalah untuk memastikan pembaikan yang dilakukan oleh pusat servis bertauliah atau lebih dikenali sebagai Authorised Service Centre (ASC) mengikut kelulusan yang diberi oleh pihak SPANCO. Ia turut dilakukan untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan siap siaga untuk digunakan sepanjang masa.

photo_2022-03-18_17-38-44

Selain itu, servis audit dilakukan untuk mengenal pasti sebarang penemuan ketakakuran oleh pihak ASC atau pihak pelanggan sepanjang menyelenggara dan menggunakan kenderaan SPANCO. Pada masa yang sama, program ini bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan terkini Fleet SPANCO. Servis audit juga adalah sebagai satu peluang untuk SPANCO mendapatkan sebarang maklum balas dari pelanggan berkenaan prestasi kenderaan dan juga kepuasan pelanggan mengenai kualiti perkhidmatan di Pusat Servis Bertauliah SPANCO yang dilantik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Kenali Tanda-Tanda Kerosakan ‘Tie Rod’

‘Tie rod’ atau dikenali sebagai rod penghubung adalah sebahagian komponen sistem stereng yang dihubungkan ke roda. Ia adalah bahagian penting dalam sistem stereng kenderaan...

Kepentingan Mematuhi Lampu Isyarat

Lampu isyarat di jalan raya memainkan peranan penting dalam mengawal lalu lintas. Pengguna jalan raya wajib mematuhi lampu isyarat bagi menjaga keselamatan diri dan...

Tempat Wajib DiKunjungi Di Kuantan

Kuantan adalah sebuah bandar raya di negeri Pahang yang sangat terkenal sebagai tempat pelancongan popular. Sekiranya anda merancang percutian ke negeri Pahang khususnya Kuantan,...

Penyakit Strok Penyebab Kematian Ketiga Tertinggi Malaysia

Strok atau angin ahmar adalah penyebab kematian ketiga tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung dan pneumonia. Ramai masyarakat mengabaikan gejala awal strok kerana beranggapan...

Program Kursus Pemanduan Dan Pengendalian Honda Civic 1.8S MPV Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Satu program Kursus Pemanduan dan Pengendalian Honda Civic 1.8S Mobile Patrol Vehicle (MPV) Polis Diraja Malaysia telah diadakan pada 20 September 2022 hingga 22...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!