Merancang ‘Road Trip’? Jangan Lupa 8 Barang Keperluan Ini

Menjelang tibanya fasa endemik pada bulan hadapan nanti, ramai mesti tidak sabar untuk menikmati percutian bersama keluarga. Masa ini merupakan peluang yang sesuai untuk anda mengambil percutian singkat seperti kembara jalan raya atau lebih dikenali sebagai ‘road trip’ untuk menghilangkan stres pada hujung minggu. Namun demikian, walaupun teruja untuk memulakan ‘road trip’, pastikan anda tidak lupa membawa barang-barang keperluan seperti berikut:

1. Kabel Pengecas Telefon Bimbit Dan ‘Power Bank’

Kabel pengecas telefon bimbit dan power bank adalah peralatan wajib dibawa ketika anda melakukan ‘road trip’. Pengecas telefon diperlukan untuk mengecas telefon anda atau menyambungkan ke sistem pembesar suara ‘Bluetooth’ kereta untuk mendengar lagu sepanjang perjalanan anda. Sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri, anda boleh menggunakan peralatan ini untuk mengecas semula telefon anda.

2. Pakaian Tambahan

Membawa pakaian tambahan juga sangat penting apabila melakukan perjalanan ‘road trip’ harian ke sesuatu destinasi terutamanya ke pantai berpasir atau mendaki gunung. Pakaian anda mungkin kotor atau basah dan tidak selesa untuk balik dalam pakaian tersebut. Oleh itu, pastikan anda sentiasa membawa satu set pakaian tambahan sebagai langkah berjaga-jaga.

3. Ubat-Ubatan

Penjagaan kesihatan anda penting walaupun ketika ‘road trip’. Perjalanan jarak jauh kadangkala boleh memenatkan badan kita, jadi jangan lupa untuk membawa kit ubat-ubatan asas seperti paracetamol, ubat sakit perut, loya, senggugut dan lain-lain yang anda rasa diperlukan.

4. Air Minuman

Menyimpan air minuman atau botol air dalam kenderaan sentiasa diabaikan oleh orang ramai. Tahukah anda ia adalah barang kecemasan yang wajib ada dalam kenderaan? Selain penggunaannya sebagai menghilangkan rasa dahaga, air minuman sangat berguna apabila air dalam radiator bocor, membasuh kekotoran dalam kereta, mencuci tangan dan sebagainya. Sentiasa bawalah sebotol air besar bagi kegunaan anda dan penumpang dalam kenderaan.

5. Pelindung Matahari

Sinaran ultraungu sangat berbahaya hingga boleh merosakkan kulit anda. Apabila melakukan perjalanan dalam kereta anda akan terdedah pada sinaran matahari. Bagi melindungi kulit anda, jangan lupa untuk melembabkan dan menggunakan pelindung matahari dalam perjalanan anda.

6. Bantal Perjalanan

Perjalanan jarak jauh dalam kereta boleh memenatkan seseorang. Sentiasa simpan topeng mata dan satu atau dua bantal perjalanan untuk anda berehat sekejap di kawasan rehat dan rawat (R&R).

7. Tayar Simpanan Dan Alat Penukar Tayar

Masalah tayar pancit boleh berlaku apabila melakukan perjalanan jarak jauh. Ia sangat penting untuk sentiasa membawa tayar simpanan dan alat penukar tayar agar anda boleh menukar tayar dan meneruskan perjalanan jika terlibat dalam situasi tidak diingini.

8. Makanan Dan Beg Plastik

Sediakan sedikit makanan ringan dalam perjalanan anda supaya ia mengurangkan masa dan kos perjalanan anda. Selain itu, jagalah kebersihan persekitaran kita dengan membuang sampah dalam beg plastik daripada membuangnya di tepi jalan semasa anda memandu.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!