Pengelap Cermin Silikon Atau Getah?

Kegunaan pengelap cermin pada kenderaan sangat penting untuk penglihatan yang jelas terutamanya ketika musim hujan. Cuaca di Malaysia yang mengalami hujan sepanjang tahun memerlukan pengelap cermin yang sesuai bagi memastikan pemanduan selamat.

Terdapat dua jenis pengelap cermin yang biasa digunakan pada kereta iaitu bilah pengelap cermin jenis getah dan silikon. Mari kita ketahui secara lebih mendalam perbezaan kedua-dua jenis pengelap cermin ini:

Ketahanan

Pengelap cermin silikon mempunyai ketahanan lebih optimum daripada jenis getah. Hal ini kerana, pengelap cermin jenis silikon mampu tahan cuaca panas dan tidak mudah haus atau rosak.

Manakala pengelap cermin jenis getah akan cepat mengeras apabila terdedah kepada haba, sekaligus mengurangkan keberkesanan fungsinya. Bagi mengelakkan ia cepat mengeras, pastikan anda mengangkat kedua-dua bilah pengelap cermin semasa meletak kenderaan di tempat panas atau di mana-mana kawasan terbuka.

Kos

Apabila pengelap cermin silikon mula diperkenalkan di pasaran harganya lebih tinggi berbanding pengelap cermin getah. Kini kedua-dua jenis pengelap cermin mempunyai harga mampu milik dan bergantung pada model kereta anda.

Harga pengelap cermin jenis getah biasanya lebih murah berbanding jenis silikon, tetapi lebih mudah mengalami kerosakan jika tidak dijaga dengan betul. Dalam jangkamasa panjang, ia juga mungkin memakan kos perbelanjaan lebih tinggi kerana perlu diganti dengan kerap.

Bunyi

Pengelap cermin jenis getah kerap mengeluarkan bunyi apabila digunakan pada waktu hujan. Ia berlaku akibat geseran salutan grafit, terutamanya apabila hujan renyai-renyai. Oleh itu, air hujan bertindak seperti pelincir untuk pengelap cermin jenis getah.

Pengelap cermin jenis silikon biasanya lebih lembut sifatnya berbanding dengan getah. Selepas beberapa ketika ia akan beroperasi dengan senyap kerana lapisan halus silikon yang ditinggalkan pada cermin akan mengurangkan bunyi apabila ia digunakan.

Tips Penjagaan Pengelap Cermin

Pengabaian penjagaan pengelap cermin boleh menyebabkan penglihatan pemandu terjejas ketika waktu hujan. Justeru itu, pastikan anda ikuti tips penjagaan pengelap cermin seperti berikut:

• Bersihkan bilah pengelap cermin secara kerap supaya tiada kotoran melekat pada getah atau silikon.
• Sentiasa tegakkan atau angkat bilah pengelap cermin apabila kereta diletakkan di tempat terbuka yang panas terik.
• Bersihkan cermin kereta supaya kotoran pada permukaan cermin tidak merosakkan getah pengelap cermin.
• Gunakan cecair pencuci cermin atau ‘windscreen cleaner’ yang tidak memberi kesan sampingan pada getah atau silikon pengelap cermin dan juga cermin hadapan kereta.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!