Kenali Ciri Pembuli Jalan Raya

Seringkali viral kes buli di jalan raya sehingga mengundang pergaduhan antara pemandu kenderaan. Situasi ini biasanya tercetus apabila pihak terlibat tidak dapat mengawal emosi dan menjadi agresif semasa memandu. Disenaraikan beberapa ciri pemandu agresif bagi mengelakkan diri daripada terlibat dengan kes buli jalan raya:

Ciri Pemandu Agresif:

• Tidak mematuhi lampu isyarat.
• Memandu terlalu laju.
• Mengekori kenderaan di hadapan terlalu rapat.
• Memotong secara berbahaya.
• Memotong kenderaan lain menggunakan lorong sebelah kiri atau lorong kecemasan.
• Menunjukkan isyarat kasar atau lucah.

Cara Menghadapi Pemandu Agresif:

• Tukar lorong. Jangan menghalang laluan pemandu agresif.
• Jangan mencabar pemandu agresif seperti terus memandu di lorong mereka atau melajukan kenderaan anda.
• Jaga emosi dan elakkan daripada membalas pandangan mata atau melakukan pergerakan seakan-akan mencabar.
• Buat laporan polis dengan membawa bukti seperti rakaman kamera papam pemuka atau dashboard.
• Hubungi pihak berkuasa atau PLUS menerusi PLUSLine (1 800 88 0000) mengenai pemandu agresif dengan memberikan maklumat iaitu nombor pendaftaran kenderaan, jenis dan warna kenderaan serta lokasi dan masa kejadian.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!