Kempen ‘Sanitizer Kits Giveaway’ – Temujanji Servis Melalui Aplikasi Mobil SPANCO

Jabatan Khidmat Pelanggan ‘Customer Relationship Management’ – (CRM) SPANCO telah melancarkan kempen ‘Sanitizer Kits Giveaway’ Temu Janji Servis Melalui Aplikasi SPANCO bagi tahun 2022 yang bermula pada bulan Mac ini dan untuk melayakkan penyertaan ini, para pelanggan hanya perlu menepati tarikh dan masa temu janji servis yang dilakukan menerusi aplikasi SPANCO.

Kempen ini diadakan bagi mempromosikan penggunaan dan meningkatkan kesedaran pelanggan untuk membuat temu janji servis melalui Aplikasi Mobil SPANCO yang sedia ada. Pelanggan bertuah yang membuat temu janji servis di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Pusat Servis Wilayah Bangi akan mendapat cenderahati berbentuk ‘Sanitizer Kits’ Edisi Terhad SPANCO sehingga stok masih ada.

image

Untuk pengetahuan anda, temu janji perkhidmatan melalui Aplikasi Mobil SPANCO telah diperkenalkan sejak tahun 2016 bagi memberi kemudahan kepada pelanggan membuat temu janji perkhidmatan mereka melalui telefon pintar, di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Pelbagai usaha telah dilakukan oleh SPANCO bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ini dan membantu pelanggan menikmati perkhidmatan lain yang disediakan hanya melalui telefon pintar.

Selain itu, pada tahun 2021 SPANCO juga telah mengadakan Kempen Cabutan Bertuah Temu Janji Servis Melalui Aplikasi Spanco di mana pemenang bertuah yang berjaya menepati tarikh dan masa tempahan telah memenangi hadiah Payung Edisi Terhad SPANCO.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kenali Jenis-Jenis Papan Tanda Jalan Raya

Papan tanda di jalan raya memainkan peranan penting dalam memberi panduan, amaran atau maklumat kepada pengguna jalan raya. Ketahui jenis-jenis papan tanda supaya anda...

Patuhi Had Laju Jalan Raya

Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kemalangan jalan raya dan salah satunya adalah memandu kenderaan melebihi had...

Lokasi Mencanting Batik Di Lembah Klang

Mencanting batik kini menjadi aktiviti hujung minggu yang sangat popular. Jika anda ingin melakukan aktiviti menarik dan berfaedah, kunjungi tempat berikut untuk mengasah bakat...

Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak awal tahun sehingga kini. Ibu bapa perlu lebih berwaspada dengan...

Punca Tayar Kereta Meletup

Tayar kereta boleh meletup atau pecah secara tiba-tiba ketika memandu disebabkan beberapa faktor tertentu. Marilah kita sama-sama ketahui puncanya agar dapat lebih berwaspada semasa...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!