Tanda-Tanda Stereng Kereta Bermasalah

Stereng adalah komponen paling utama dalam sesebuah kenderaan. Ia berkait rapat dengan sistem gantungan kenderaan dan membolehkan pemandu kereta menggerakkan kenderaan ke arah kiri atau kanan. Namun, pernahkah anda mengalami kesukaran untuk memutarkan stereng semasa memandu? Ia merupakan tanda sistem stereng anda mengalami masalah dan memerlukan pemeriksaan lanjut. Anda boleh mengenal pasti kerosakan stereng dengan tanda-tanda awal yang menunjukkan ia semakin berat semasa penggunaan seperti berikut:

1. Minyak Stereng Bocor

Pernahkah anda perasan terdapat kebocoran minyak di tempat letak kenderaan? Kenal pasti kebocoron tersebut dan sekiranya ia daripada minyak stereng, pastikan anda menghantar kenderaan ke bengkel berdekatan untuk memperbaikinya.

Minyak stereng yang bocor akan menjejaskan fungsi stereng. Kebocoran ini boleh berlaku pada saluran hos ataupun pada resevoir tank. Jika anda mengabaikan keadaan ini ia hanya akan menyukarkan anda ketika memutar stereng dan mengawal kereta.

2. Bunyi Bising Ketika Membelok

Antara petanda yang paling ketara menunjukkan stereng kereta bermasalah adalah kenderaan mengeluarkan bunyi bising. Bunyi tersebut boleh didengari semakin kuat jika anda memusing stereng ke sesuatu arah.

Hal ini berlaku kerana ‘accessory belt’ terlalu longgar dan menyebabkan pengeluaran bunyi tersebut apabila memandu dan pam stereng juga mungkin tidak berfungsi dengan optimum.

Jika anda mendapati sebarang bunyi pelik daripada biasa, segera memeriksa kenderaan anda di bengkel berhampiran agar dapat membaikinya sebelum rosak teruk.

3. Logam Dalam Bendalir Stereng

Satu lagi petanda bahawa pam stereng kereta mengalami kerosakan adalah terdapat logam dalam bendalir stereng. Malangnya, ini adalah petunjuk bahawa pam stereng kuasa hancur ke dalam bendalir semasa ia mengedarkannya melalui sistem. Tiada cara untuk membaiki pam stereng kuasa yang hancur. Sebaliknya, ia perlu digantikan untuk memastikan bendalir stereng kuasa tidak lagi dicemari oleh logam, dan memastikan anda boleh memutar stereng kereta dengan mudah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!