Kurangkan Pencemaran Dengan Penjagaan Kenderaan Yang Betul

Penyenggaraan kenderaan secara berkala atau mengikut servis berjadual adalah sangat penting. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada pengunaan kenderaan malah dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Disenaraikan beberapa tips yang boleh diamalkan dalam penjagaan kereta bagi menjaga alam sekitar seperti berikut:

1. Pandu Secara Berhemah

Elakkan memecut dan membrek secara mengejut serta gunakan kawalan ‘cruise’ ketika di jalan raya bagi mengekalkan kelajuan yang stabil. Hal ini kerana memandu laju akan meningkatkan penggunaan bahan api yang secara tidak langsung menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global.

2. Matikan Enjin Jika Berhenti

Adakah anda seorang yang suka tidak mematikan enjin jika berhenti di mana-mana sebentar? Pastikan anda matikan enjin ketika menunggu di tempat letak kereta atau di mana-mana jua kerana ia hanya menyumbangkan kepada peningkatan pencemaran.

Hal ini kerana bahan api akan terus dibakar walaupun kenderaan tidak bergerak. Pengeluar kenderaan juga telah mencipta enjin kenderaan yang lebih cepat pasa, justeru tidak perlu memanaskan enjin terlalu lama.

3. Buang Bahan Sisa Kenderaan Ke Tempat Yang Betul

Minyak hitam, bahan penyejuk, tayar dan bateri lama tidak boleh dibuang seperti sampah lain di merata tempat. Pengurusan bahan sisa kenderaan perlu dilakukan dengan betul untuk mengurangkan kesannya pada kesihatan dan alam sekitar.

Kebanyakan pusat servis menerima sisa itu atau hubungi pejabat majlis perbandaran kawasan anda untuk mengetahui pusat kitar semula yang sesuai untuk menguruskan bahan sisa kenderaan.

4. Periksa Tayar Selalu

Tayar yang kurang angin atau penjajaran yang tidak betul akan meningkatkan penggunaan bahan api yang menyebabkan pencemaran udara. Oleh itu, tayar yang dijaga dengan baik bukan sahaja tahan lebih lama, ia juga mengurangkan pencemaran serta mengurangkan pembuangan tayar lusuh.

5. Elakkan Membawa Muatan Berlebihan

Lebih ringan muatan, lebih jimat perbatuan. Sebaik-baiknya hindari meletakkan muatan di atas bumbung kereta bagi mengurangkan rintangan angin (air drag).

6. Servis Enjin Secara Berkala

Palam pencucuh yang lusuh mengurangkan kecekapan pembakaran sebanyak 30 peratus. Gantikan penapis dan bendalir seperti disyorkan serta patuhi jadual servis.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tanda Kebocoran Hos Vakum Dalam Sistem Enjin

Kebocoran hos vakum akan mengurangkan prestasi dan keupayaan pemanduan kereta. Ia juga menjejaskan keselamatan pemanduan dan menjadi salah satu punca kerosakan enjin. Ketahui antara...

Kesalahan Memotong Garisan Berkembar

Peraturan jalan raya ditetapkan bagi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Namun ramai yang melanggar peraturan hingga menyebabkan kemalangan. Antara peraturan jalan raya yang sentiasa...

Teknologi Hijau Mengurangkan Pencemaran Alam

Teknologi hijau adalah istilah umum yang menerangkan penggunaan teknologi dan sains untuk mengurangkan kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar. Ia adalah teknologi rendah karbon...

Penjagaan Kesihatan Buah Pinggang

Buah pinggang adalah antara organ penting yang berperanan untuk menapis darah dari sisa buangan, mengawal keseimbangan cecair badan, dan mengekalkan tahap elektrolit yang betul....

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!