Tempat Menarik Untuk Lawatan Sambil Belajar

Masih tak tahu nak bawa kanak-kanak ke mana pada cuti sekolah ini? Marilah kunjungi beberapa tempat yang bukan sahaja menyeronokkan malah boleh menimba ilmu bagi mereka. Lawatan sambil belajar amat membantu dalam proses menimba ilmu yang tidak terhad kepada pelajar secara teori di kelas sahaja. Terdapat beberapa tempat sebegitu yang boleh anda kunjungi pada musim cuti sekolah kelak:

1. Muzium Coklat

coklat
Sumber : Facebook Chocolate Museum

Muzium Coklat yang terletak di Kota Damansara merupakan tempat paling sesuai untuk membawa kanak-kanak melancong sambil menimba ilmu. Muzium Coklat pertama di Malaysia ini beroperasi sejak tahun 2013 dan ia menjadi satu-satunya muzium coklat di Asia Tenggara.

Kanak-kanak boleh mengunjungi tempat ini untuk mengisi masa cuti sekolah mereka. Muzium ini menyediakan tiga elemen asas seperti pendidikan mengenai koko dan coklat, proses pembuatan coklat, dan pembelian coklat keluaran tempatan. Selain itu, kanak-kanak juga boleh belajar membuat coklat menerusi kelas yang ditawarkan.

Paling menarik di sini adalah kanak-kanak yang mengunjungi dapat merasai kelazatan coklat selepas dihasilkan oleh pihak muzium melalui demonstrasi pembuatan coklat secara langsung kepada mereka.

2. Zoo Negara

zoonegara-1280×720-1
Sumber : malaysiapost.com.my

Lawatan ke Zoo Negara bersama kanak-kanak pada musim percutian sekolah adalah peluang emas untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang haiwan di dunia dan kepentingan melindunginya terutamanya haiwan yang semakin pupus.

Selain itu, Zoo Negara juga tempat sesuai kerana ia menempatkan lebih 500 jenis mamalia, burung, reptilia, ikan dan lain-lain. Kanak-kanak mungkin mengenali beberapa haiwan sahaja menerusi pembelajaran di sekolah. Dengan mengunjungi Zoo mereka boleh melihat sendiri haiwan-haiwan ini dengan lebih dekat dan jelas.

3. Selangor Fruit Valley

selangorkini
Sumber : selangorkini

Selangor Fruit Valley yang terletak di Rawang adalah antara lokasi sesuai untuk kanak-kanak meluangkan masa percutian mereka. Kanak-kanak dapat merasai aktiviti pertanian, merasai pelbagai jenis buah tempatan dan sayuran hijau di sini.

Selangor Fruit Valley menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh mengisi program lawatan itu dengan penuh keseronokan, termasuklah aktiviti memetik sayur, menoreh getah, lawatan ke taman haiwan dan rumah kampung, serta pelbagai lagi.

4. Kampung Budaya Mah Meri

banner (1)
Sumber : www.mmcv.org.my

Kampung Budaya Mah Meri adalah kampung Orang Asli yang terletak di Pulau Carey. Kampung ini sesuai dikunjungi bersama kanak-kanak untuk mengenali keunikan, memahami kepercayaan, adat, budaya dan kesenian milik masyarakat Orang Asli di sini. Mah Meri adalah antara suku yang agak popular dalam kalangan pelancong kerana kehalusan seni budayanya.

Melalui lawatan ke kampung ini, kanak-kanak dapat pendedahan tentang budaya dan tradisi kuno Orang Asli. Selain itu, mereka juga boleh belajar untuk membuat origami daun, belajar menganyam dan mengukir, mencuba topeng kepala dan pakaian tradisional serta, mengambil bahagian dalam Tarian Topeng!

5. Taman Rama-Rama

88813-04_04_274350

Taman Rama-Rama yang terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur adalah antara tempat pelancongan kanak-kanak yang menarik. Terdapat lebih 5,000 ekor rama-rama beserta serangga hidup di taman ini yang boleh dikenali dan belajar jika mengunjungi sini. Selain rama-rama, terdapat juga haiwan lain seperti serangga eksotik, ikan koi, dan penyu yang boleh dilihat oleh kanak-kanak nanti.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!