Dapur Tempat Banyak Kuman Membiak

Kuman dan bakteria biasa terdapat di tempat terbuka dan di celah-celah terkecil di rumah. Pernahkah anda terfikir dapur rumah merupakan antara tempat yang banyak kuman membiak? Ya, betul! Selain ruang tamu, dapur merupakan antara tempat yang mempunyai banyak kuman tetapi ramai sering mengabaikannya. Marilah kita sama-sama mengetahui beberapa tempat paling biasa menjadi sarang pembiakan kuman di dapur yang wajib anda perhatikan seperti:

1. Span Pembersih

Span sering digunakan untuk membersihkan pinggan, mangkuk, sudu dan semua peralatan masak. Tahukah anda ia merupakan salah satu tempat pembiakan bakteria seperti E.coli dan Salmonella. Hal ini kerana span pembersih ini biasanya diletakkan di tempat terbuka selepas penggunaan yang menyebabkan bakteria serang dengan mudah.

Oleh itu, anda digalakkan untuk menggantikan span pembersih secara berkala agar menjaga kebersihan dapur dan kesihatan diri. Sesetengah pakar mengesyorkan menggunakan tisu kertas pakai buang dan bukannya span, yang boleh menghasilkan banyak bakteria pada setiap sisi.

2. Pengelap Piring

Pengelap piring iaitu tuala pinggan mangkuk juga akan tercemar selepas tempoh penggunaannya selama sebulan. Hal ini kerana patogen yang berpotensi tinggi untuk menyebabkan keracunan makanan termasuk E. coli.

3. Papan Pemotong

Adakah anda seorang yang masih menggunakan satu papan pemotong sejak bertahun-tahun? Papan pemotong adalah salah satu alat paling penting di dapur yang biasa digunakan untuk memotong makanan mentah termasuk sayur dan daging.

Penggunaan papan pemotong yang sama untuk daging atau ayam mentah serta sayur-sayuran boleh menyebabkan keracunan makanan. Hal ini kerana daging atau ayam mentah boleh meninggalkan bakteria Salmonella dan Campylobacter lekat pada papan pemotong yang boleh berpindah ke makanan yang sedia dimakan dan mencemarkannya dengan lebih mudah.

Selain itu, pelbagai kuman atau bakteria boleh melekat di papan pemotong sekiranya ia tidak dibersihkan dengan betul terutamanya bagi papan pemotong yang terdapat lekukan atau corak. Pastikan anda bersihkannya sebelum penggunaan dan mulakan mengguna dua papan pemotong.

4. Dispenser

Dispenser air juga adalah sarang bakteria yang menjijikan. Penggunaannya setiap hari untuk meminum air tanpa bersihkan secara kerap boleh menyebabkan saluran air di bahagian dalam semakin kotor.

Ramai tidak memerhatikan dispenser air ini dengan betul dan ia menjadi punca berlakunya pembiakan yis dan kulat. Oleh hal yang demikian, keraplah membersihkan permukaan dispenser dengan span bersih yang telah direndam dalam air cuka untuk meningkatkan tahap kesihatan anda.

5. Sinki

Sinki digunakan untuk mencuci dan membersihkan makanan tetapi ia tak semestinya bermakna sinki itu sendiri bersih. Kajian menunjukkan bahawa sinki dapur cenderung lebih kotor daripada kebanyakan bilik mandi, dengan lebih daripada 500,000 bakteria setiap 3 sentimeter persegi.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa membilas dan bersihkan sinki setiap hari untuk membasmi kuman. Jangan makan makanan yang terjatuh dalam sinki untuk mengelakkan anda mengalami keracunan makanan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!