Jom Jelajahi Genting Skyworld

Taman tema Genting Skyworld telah mendapat sambutan hangat pelancong sejak pembukaannya pada 8 Februari lalu. Taman tema seolah Universal Studio ini bakal melonjakkan nama Pahang dan Malaysia di persada pelancongan dunia. Adakah anda teruja untuk mengetahui apa yang menjadi tarikan pengunjung ke sini?

cp
Sumber : mstar

1. Central Park Asteroid Arcade

Salah satu tempat yang paling luas di Genting Skyworld adalah Central Park Asteroid Arcade yang mempunyai pelbagai tarikan. Ia terdiri daripada Muzium Sejarah Alam serta pertunjukan air pancut yang menakjubkan di Lake of Dreams, anda boleh menikmati pemandangan seperti berada di dunia fantasi.

Bukan itu sahaja, ‘Central Park’ juga mempunyai tarikan Night at the Museum: Midnight Mayhem yang merupakan permainan interaktif 3D penuh aksi.

ice age

2. Ice Age

Ice Age bakal membawa pengunjung merentasi dunia ais pra-sejarah melalui pengembaraan Ice Age: Expedition Thin Ice, juga Sid’s Rock ‘N’ Slide yang merupakan permainan kayu balik penuh aksi. ‘Dunia’ Epic pula membawa menaiki bot Epic Vogaye to Moonhaven yang akan membuat pengunjung lencun disimbahi air.

terra

3. Terraform Tower Challenge

Terraform Tower Challenge yang terletak di Andromeda Base adalah antara permainan yang paling menggerunkan di taman tema ini. Walaupun ia nampak seperti permainan Space Gun di funfair, ia paling menggerunkan kerana kelajuan dan ketinggiannya yang menakutkan.

Jika anda seorang yang gemar bermain aktiviti mencabar dan berani mengambil risiko boleh mencuba permainan ini. Selain kelajuan turun dan naik yang membuat sesiapa sahaja tidak dapat melupakan permainan itu.

esd

4. ESD Global Defender

Ingin permainan menarik dan mencabar? ESD Global Defender adalah tempat sesuai bagi anda untuk mencabar diri di samping menghilangkan stres dengan menjerit sepuas hati.

Permainan ini terletak di Central Park dan akan membawa orang ramai berpusing 360 darjah yang cukup membuatkan sesiapa sahaja menutup mata sewaktu menaikinya. Ia lebih menyeronok bermain kerana penumpang boleh mengawal kedua-dua sayap pesawat pada sebelah kiri dan kanan seolah-olah sedang menembak musuh.

epicvoyahe

5. Taman Tema Epic

Tak tahu nak bawa kanak-kanak ke mana di Genting Skyworld? Jangan risau, Taman Tema Epic menyediakan permainan yang sesuai untuk mereka. Ia merupakan taman tema ala fantasi yang sangat menakjubkan dan menarik minat kanak-kanak.

Antara permainan yang anda boleh cuba ialah Epic Voyage to Moonhaven dan Epic Hummingbird Flyers. Setelah penat bermain aktiviti lasak, taman tema ini membawa anda bersiar-siar dengan santai sambil menikmati pemandangan dan menghirup udara segar yang pastinya akan menghilangkan rasa lelah.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!