Cara Memeriksa Minyak Enjin

Minyak enjin atau lebih dikenali sebagai minyak hitam berfungsi untuk membersihkan, melincirkan pergerakan dan menyejukkan komponen dalaman enjin sekaligus menghalang daripada berlakunya kerosakan. Ia juga mengurangkan kerosakan akibat permukaan komponen enjin yang bergesel, membebaskan haba yang dihasilkan daripada geseran itu dan menyingkirkannya daripada kitaran pembakaran.

Penukaran minyak enjin secara berjadual adalah sangat penting dalam penjagaan enjin kenderaan.

Pemeriksaan Minyak Enjin

Kegagalan menukar minyak enjin pada waktu yang sepatutnya akan membebankan enjin dan boleh menyebabkan masalah dalam jangka masa panjang. Oleh itu, pemeriksaan minyak enjin dengan kerap dan pematuhan saranan pengeluar adalah penting bagi menjaga enjin kenderaan. Pengguna kereta perlu sentiasa menukar minyak enjin pada masa yang betul berdasarkan perbatuan atau tempoh yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan.

Prosedur Pemeriksaan Minyak Enjin:

Penukaran minyak enjin biasanya dilakukan di pusat servis yang mempunyai tenaga mahir. Walau bagaimanapun, anda juga boleh melakukan pemeriksaan sendiri terlebih dahulu seperti berikut:

• Letakkan kereta anda pada tempat yang datar dan matikan enjin.
• Tunggu sebentar untuk membolehkan minyak enjin mendap. Kemudian, anda perlu buka pengukur celup yang berada di sebelah enjin.
• Tarik pengukur celup dan lihat tahap sukatan minyak.
• Lap menggunakan kain atau tisu bersih. Kemudian masukkan kembali ke tempat asal.
• Tarik semula tongkat pengukur dan periksa tahap minyak enjin. Paras kuantiti minyak enjin perlu berada tidak kurang daripada minimum dan tidak lebih daripada maksimum.
• Periksa keadaan minyak: Ia perlu ditukar jika terlalu hitam
• Setelah selesai melakukan pemeriksaan, masukkan semula pengukur celup ke tempat asal dan tutupnya dengan rapat.

Menukar Minyak Enjin

Apabila menukar minyak enjin pada atau sebelum tempoh yang disyorkan pengeluar, bermakna anda menukar sebelum ‘karbonasi’ berlaku. Justeru enjin kekal bersih dan mendapat perlindungan sebaik selepas diisi dengan minyak yang baru. Di samping itu, penapis minyak juga perlu diganti setiap kali anda menukar minyak enjin. Anda juga boleh memeriksa keadaan lantai tempat letak kereta untuk mengesan sekiranya terdapat kebocoran. Jika anda menemui kebocoran, baiki segera sebelum ia mengakibatkan masalah yang lebih teruk.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Punca Tekanan Minyak Enjin Rendah

Minyak enjin berfungsi untuk membersihkan, mengurangkan kehausan dan memudahkan pergerakan komponen dalaman enjin. Tanpa tekanan minyak yang mencukupi dalam enjin, bahagian enjin tidak akan...

5 Tanda Brek Cakera Rosak

Sistem brek kenderaan memainkan peranan penting sebagai komponen keselamatan yang paling efektif. Terdapat beberapa komponen brek yang perlu disenggara seperti kaliper brek, pad brek,...

6 Makanan Idaman Ketika Musim Hujan

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan suasana sekitar kita semakin sejuk. Pada masa ini ramai akan mencari makanan ‘comfort food’ mereka untuk dinikmati bersama...

6 Tanda Kekurangan Protein Dalam Badan

Protein adalah keperluan asas di dalam setiap sel hidup dan pembinaan blok organ tubuh kita. Ia adalah bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda...

Tips Melindungi Kereta Daripada Banjir

Jabatan Meteorologi Malaysia baru-baru ini telah meramalkan beberapa kawasan di Malaysia akan menghadapi musim hujan lebat dan banjir. Bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!