5 Tanda Pam Air Kereta Rosak

Pam air atau lebih dikenali sebagai ‘water pump’ adalah nadi utama dalam sistem penyejukan sesebuah kereta. Ia berfungsi untuk mengepam bendalir atau bahan penyejuk secara konsisten melalui blok enjin, hos dan radiator kereta supaya suhu enjin kekal stabil dan berada pada tahap optimum. Pengabaian penjagaan pam air boleh menyebabkan ia rosak serta berpotensi menjejaskan keseluruhan sistem enjin. Oleh itu, ketahui beberapa tanda pam air kereta rosak supaya anda boleh mengambil tindakan awal sebelum terlewat.

1. Air Radiator Bocor

Air radiator bocor apabila pam air terdedah kepada risiko kekeringan, haus, pecah atau retak. Apabila kerosakan sebegini berlaku, cecair ‘coolant’ berpotensi untuk bocor terutamanya di bahagian hadapan atau tengah enjin.

Sekiranya anda mendapati tanda kebocoran cecair di tempat parkir kereta, segera hantar kenderaan anda ke pusat servis berdekatan untuk dapatkan bantuan pemeriksaan lanjut.

2. Pam Air Berkarat

Jika anda memeriksa pam air, anda boleh melihat kakisan di sekelilingnya. Hal ini berlaku kerana bahan penyejuk enjin yang bocor. Pembentukan karat dan kakisan adalah berpunca daripada pendingin tercemar atau berkualiti rendah, termasuk penutup tekanan (pressure cap) rosak yang menyebabkan air berbuih.

Kebocoran kecil juga boleh mengurangkan tahap penyejuk hingga menjejaskan suhu enjin kereta. Oleh itu, ia sangat penting untuk menukar pam air secepat mungkin jika anda mendapati pam air berkarat dan bocor.

3. Tali Sawat Pam Air Longgar

Pam air yang rosak juga boleh dikenalpasti melalui bunyi nyaring atau pelik daripada ruang enjin kereta semasa memandu. Bunyi nyaring yang kedengaran dan semakin kuat semasa anda memecut mungkin berpunca daripada tali sawat aksesori yang longgar. Biasanya, masalah ini dikaitkan dengan takal atau ‘pulley’ yang sudah longgar, atau ‘bearing’ yang mengoperasikan pam air haus atau rosak.

Jika anda mendengar sebarang bunyi pelik pada bahagian enjin, lakukan pemeriksaan segera untuk mengenal pasti punca kerosakan. Ia boleh mengelakkan risiko kerosakan pam air yang lebih serius dan kos penggantian yang lebih tinggi.

4. Suhu Enjin Meningkat

Apabila pam air kereta rosak, ia tidak dapat mengalirkan bahan penyejuk dengan baik ke seluruh blok enjin dan menyebabkan enjin kereta ‘overheat’. Kereta yang mengalami masalah ‘overheat’ boleh menjejaskan prestasi enjin dan mengakibatkan berlakunya kerosakan yang menanggung kos tinggi. Oleh itu, sentiasa periksa takat suhu kenderaan di papan pemuka dan takat cecair penyejuk sebelum melakukan perjalanan.

5. Kebocoran Permukaan Mounting

Rembesan, sejatan dan kekeringan menandakan kebocoran daripada permukaan mounting pam. Hal ini berlaku kerana pemasangan gasket yang tidak betul bahan kedap ‘sealant’ dan alat ganti lain. Anda boleh perbaiki masalah ini dengan memeriksa pam air dan membetulkannya semula. Jika ada banyak kebocoran, pam perlu diganti dengan pam air baharu. Anda juga perlu menukar gasket dan pengedap untuk menghalang masalah rembesan, sejatan dan kekeringan.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!