4 Tanda Enjin Kereta Perlu ‘Overhaul’

Enjin adalah ibarat jantung yang menggerakkan sesebuah kenderaan. Pengabaian komponen utama dalam kenderaan ini boleh menjejaskan perjalanan anda ke sesuatu lokasi. Pemandu perlu melakukan penyenggaraan berkala untuk memastikan ia berada pada tahap optimum. Namun sebagai tindakan awal, pemandu kenderaan perlu mengawasi tanda-tanda berikut untuk mengelakkan kerosakan sehingga memerlukan enjin di ‘overhaul’.

1. Suhu Enjin Kereta Meningkat

Suhu atau ‘temperature’ enjin yang kerap meningkat atau naik secara mendadak sehingga menyebabkan panas melampau adalah satu tanda terdapatnya masalah kebocoran pada bahagian enjin. Suhu enjin juga boleh meningkat akibat sistem penyejukan mengalami kerosakan, gasket kepala silinder retak, blok enjin retak dan sebagainya.

Sebagai pemandu, anda perlu memerhatikan suhu enjin melalui papan pemuka kenderaan serta melakukan pemeriksaan berkala terhadap bahan penyejuk. Selain itu, pastikan anda sentiasa memeriksa takat bahan penyejuk sebelum memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi untuk mengelakkan enjin panas melampau.

2. Kekurangan Minyak Enjin

Adakah kenderaan anda mengalami simptom enjin ‘makan minyak’? Ia merupakan salah satu tanda penting enjin kereta anda mengalami masalah dan memerlukan ‘overhaul’. Bagi mengetahui sama ada paras minyak enjin kereta anda berada pada takat sewajarnya anda boleh memeriksa menggunakan ‘dipstick’ untuk melihat takat semasanya. Pastikan anda menambah minyak enjin jika ia berada pada takat rendah.

3. Enjin Meragam

Palam pencucuh yang telah dicemari oleh minyak enjin yang bocor boleh menyebabkan kerak. Palam pencucuh yang berkerak secara tidak langsung boleh menjejaskan prestasi percikan api dan menyebabkannya tidak mampu berfungsi dengan optimum. Anda boleh mengesan tanda-tanda prestasi enjin kereta anda mula merosot apabila enjin mula meragam, terdapat bunyi pelik terhasil di bahagian enjin atau enjin tersengguk-sengguk ketika memecut.

4. Pengeluaran Asap Putih

Asap ekzos berlebihan terutamanya asap putih adalah antara punca utama yang menunjukkan terdapat masalah pada enjin kenderaan yang memerlukan overhaul. Jika anda melihat asap berwarna putih keluar daripada ekzos kereta, ini bermaksud minyak enjin telah memasuki ruang pembakaran. Situasi ini berlaku disebabkan oleh gelang piston atau ‘piston ring’ yang sudah haus atau rosak.

Pengeluaran asap putih menunjukkan terdapat kebocoran minyak enjin, penyejuk atau bahan api yang menyebabkan masalah serius dalam enjin.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!