Lokasi-Lokasi Tarikan Di Putrajaya

Terdapat banyak tempat pelancongan di Malaysia yang masih ramai belum diterokai sepenuhnya. Begitu juga dengan Putrajaya di mana terdapat banyak kawasan pelancongan yang menarik dan baru dibuka. Disenaraikan beberapa lokasi menakjubkan di Putrajaya yang boleh anda kunjungi bersama rakan atau keluarga seperti berikut:

mstar anjung
Sumber : mstar

1. Pantai Berpasir

Pantai berpasir yang terletak di Anjung Floria, Presint 4 atau dikenali sebagai ‘sandy beach’ adalah antara tarikan pelancong yang terbaharu di ibu kota pintar ini. Tempat tarikan baharu ini sangat istimewa kerana ia menggunakan air tasik semula jadi daripada pantai buatan sedia ada di Presint 5 yang mempunyai kolam buatan.

Selain pantai berpasir ini, pelancong boleh melakukan aktiviti kayak, bot dan memancing. Anjung Floria ini juga dijadikan ‘pitstop’ utama untuk aktiviti berbasikal selain terdapat jualan tanaman ‘garden shop’ yang akan dibuka dalam masa terdekat.

coklat
Sumber : twitter.com

2. Pusat Coklat Souq Shoppe

Pusat Coklat terbesar di Lembah Klang iaitu Souq Shoppe ini terletak berhampiran Masjid Putra, Putrajaya. Ia merupakan antara tarikan terbaharu di sini kerana mempunyai penampilan ‘photo booth’ Hershey’s dan Reese’s gergasi pertama di Malaysia seperti yang pernah ditampilkan di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Konsep kedai coklat ini diilhamkan untuk memberi pengalaman baharu dan kegembiraan kepada pengunjung selain daripada membeli-belah. Ia merupakan satu-satunya kedai coklat yang membolehkan pelancong membeli cenderamata jika mengunjungi Putrajaya.

Kedai seluas 11,000 meter persegi itu bukan sahaja menawarkan pelbagai coklat jenama tempatan dan antarabangsa tetapi memberi pengunjung peluang bergambar dalam alam fantasi dengan reka cipta dalaman yang dilengkapi lampu warna-warni dan struktur klasik.

glow glamping
Sumber : Facebook GLOW Putrajaya

3. Glow Glamping

Siapa di sini suka glamping? Anda tidak perlu pergi ke Janda Baik untuk melakukan aktiviti menarik ini. Kunjungilah Taman Wetland, Putrajaya yang menawarkan tapak glamping yang menakjubkan. Glow Glamping mempunyai khemah lengkap dengan penghawa dingin dan juga menawarkan buffet empat kali sehari termasuk sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam.

Selain itu, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti memanah, ‘trampoline’, beraksi di ‘challenge park’, buaian sarang burung, ‘fire show’, karaoke, ‘campfire’ dan sebagainya.

putrajaya-steps-@japabatanenerangan jomjalan
Sumber : jabatanpenerangan

4. Tangga Putrajaya Steps

Tangga Putrajaya Steps adalah lokasi tarikan pelancong baharu yang dibina bersempena dengan 25 tahun Sambutan Jubli Perak Putrajaya. Ia dibina di atas cerun menuju ke Mercu Tanda di Taman Putra Perdana. Tangga Putrajaya Steps mewujudkan kesinambungan laluan pejalan kaki dari Dataran Putra melalui Laman Perdana naik ke mercu tanda di Taman Putra Perdana seterusnya ke Hotel Pulse Grande.

Dengan ketinggian anggaran 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter, binaan tangga ini diinspirasikan dari beberapa tangga ikonik dunia seperti Spanish Steps di Itali, Potemkins Stairs di Ukraine dan tidak kurang juga Batu Caves, Malaysia.

Selain direka khusus untuk pendakian dan penurunan, ia juga dibina dengan struktur, fasiliti serta peralatan yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti bersukan, beriadah mahupun rekreasi secara santai di sepanjang binaan tangga sambil menikmati panorama indah Putrajaya.

senarai-tempat-menarik-putrajaya-cyberjaya
Sumber : www.maisinggah.com

5. Jambatan Seri Wawasan

Jambatan Seri Wawasan adalah jambatan tambatan kabel yang menjadi satu mercu tanda di Putrajaya. Ia adalah penghubung utama di antara Presint 2 dengan Pulau Utama dan kawasan kediaman Presint 8, Seri Wawasan menjadi penghubung yang penting ke Presint Pembangunan Bercampur.

Dikategorikan sebagai ‘jambatan pengenalan’ Seri Ehsan juga merupakan kemudahan penghubungan penting di antara Presint 8 dan Pulau Utama. Keunikan reka bentuknya seakan membawa para pengunjung merasai suasana yang berbeza kerana jambatan tersebut merupakan satu-satu jambatan yang direka sebegitu di negara ini.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!