Bilakah Bendalir Brek Perlu Ditukar?

Bendalir brek yang juga dikenali sebagai minyak brek adalah adalah sejenis cecair hidraulik yang digunakan dalam sistem brek dan klac kenderaan. Tahukah anda minyak brek yang mengalami degradasi boleh menjejaskan prestasi brek?

Degradasi

Bendalir brek yang digunakan terlalu lama tanpa ditukar boleh menjejaskan prestasi membrek optimum sehingga boleh mengundang risiko keselamatan kerana berlakunya degradasi. Keadaan ini berlaku kerana kelembapan dalam hos dan komponen lain akibat perubahan suhu dan pemeluwapan.

Minyak brek ialah bendalir jenis higroskopik yang boleh menyerap air. Oleh itu, apabila perubahan suhu berlaku, titik didih bendalir mula berkurang, dan ia akan menjejaskan kemampuannya kerana haba dalam sistem semakin meningkat.

Kekerapan Penukaran Bendalir

Secara umumnya pengeluar kenderaan mengesyorkan penukaran minyak brek dilakukan dua tahun sekali kerana ia mempunyai jangka hayat yang panjang berdasarkan penggunaan kenderaan. Walau bagaimanapun, anda perlu mengetahui bahawa jangka hayat tersebut boleh berkurang secara drastik jika kenderaan anda beroperasi lebih daripada kelaziman.

Kenderaan yang berada pada kawasan lembab dan kenderaan yang dipandu dalam tekanan berat akan menyebabkan minyak brek mencapai suhu tinggi sehingga mengurangkan keupayaan henti pada sistem brek. Keadaan ini turut meningkatkan risiko kemalangan kerana kenderaan anda mampu hilang kuasa membrek sepenuhnya.

Selain itu, untuk mengetahui keperluan menukar minyak brek, anda juga boleh melihat paras minyak pada bekas minyak brek yang berada berhampiran enjin kenderaan. Sekiranya tahap minyak berada pada paras minimum, anda perlu segera mengisi minyak brek untuk memastikan ia berfungsi dengan lancar.

Seterusnya, anda juga perlu menukar minyak brek apabila ia telah bertukar warna dari kuning cerah kepada warna perang seperti berkarat. Hal ini kerana minyak brek telah menyerap terlalu banyak kelembapan sekali gus menyebabkan anda menekan pedal brek lebih dalam daripada biasa. Oleh itu, keperluan menukar minyak brek adalah penting bagi membendung masalah degradasi berlaku dan memastikan sistem brek berfungsi dengan baik.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!