Kepentingan Penjagaan Kesihatan Mental

Sejak kebelakangan ini, masalah kesihatan mental semakin meningkat di negara kita. Perubahan gaya hidup pada masa ini antara faktor yang meningkatkan tekanan kepada seseorang individu. Tahukah anda kesihatan mental adalah asas kepada kesejahteraan individu dan kemampuan masyarakat berfungsi secara efektif?

Pengangguran, diberhentikan kerja, masalah rumah tangga, kemurungan, gangguan tidur dan sebagainya adalah punca utama seseorang mengalami gangguan mental. Bagi mengatasinya, disenaraikan berikut beberapa tips untuk menjaga kesihatan mental anda:

1. Mulakan Hobi Baharu

Duduk di dalam rumah dengan meminggirkan diri anda daripada orang lain boleh membosankan serta meningkatkan risiko kesihatan mental. Sekiranya anda seorang yang bukan gemar bersosial dengan sesiapa, mulakan hobi baharu seperti membaca buku, belajar melakukan kemahiran baharu dengan menonton Youtube, mengecat rumah bersama ahli keluarga, belajar kemahiran fotografi dan sebagainya. Gunakan waktu lapang anda dengan melakukan aktiviti sebegini yang mampu mengalih perhatian dan mengaktifkan minda anda.

2. Tidur Berkualiti

Sebagaimana makanan adalah penting untuk mencerdaskan badan manusia, tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari juga sama penting untuk menyegarkan badan dan kesihatan. Insomnia kini menjadi perkara umum terutamanya sejak pandemik ini yang boleh menjejaskan kesihatan mental. Sekiranya anda mengalami gangguan tidur, anda digalakkan untuk minum segelas susu 2 hingga 3 jam sebelum tidur yang akan membantu anda untuk mudah tidur pada waktu malam.

3. Berkomunikasi

Kemurungan dapat diatasi sekiranya seseorang berkongsi masalah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan berbanding memendam emosi dalam hati sahaja. Komunikasi merupakan cara paling efektif untuk melegakan hati anda daripada berfikir mengenai sebarang masalah. Sentiasa bercakap dengan ahli keluarga rapat atau menghubungi kawan-kawan anda untuk berkongsi masalah anda. Mereka dapat membantu dengan memberi nasihat atau pendapat untuk mengatasinya.

4. Bersenam

Senaman adalah aktiviti penting yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental. Seseorang perlu bersenam sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari untuk kekal cerdas dan aktif. Yoga dan zumba bersama anak-anak dan ahli keluarga mampu menyeronokkan lagi aktiviti senaman dengan iringan lagu rancak. Minda juga akan berasa lebih cerdas melalui senaman sekali gus dapat mengekalkan kesihatan mental yang stabil.

5. Mendapatkan Bantuan Pakar

Segera dapatkan bantuan pakar sekiranya anda merasa terbeban dengan perasaan kemurungan dan keresahan diri. INGAT! Bukan anda seorang sahaja yang menghadapi masalah. Sentiasa berkongsi masalah anda bersama insan tersayang atau rakan sebaya untuk mendapatkan nasihat dan meringankan beban anda. Anda juga boleh meminta bantuan daripada pakar kesihatan mental bagi mendapat nasihat dan tips tentang penjagaan mental yang sempurna.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!