5 Penyenggaraan Kenderaan Sebelum Perjalanan Jauh

Ramai orang mesti merancang untuk balik kampung sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini. Sebelum memulakan perjalanan jauh anda, pastikan membuat penyenggaraan asas. Hal ini kerana penyenggaraan kenderaan adalah penting untuk memastikan kereta sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan mempunyai tahap operasi optimum. Disenaraikan beberapa penyenggaraan asas yang perlu dilakukan bagi mengelakkan berlaku kerosakan semasa perjalanan.

1. Tayar Kenderaan

Pemeriksaan keadaan tayar kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh sangat penting bagi pemanduan selamat. Kegagalan memeriksa tayar boleh menyebabkan kerosakan pada tayar kereta hingga menjejaskan prestasi cengkaman brek serta kawalan pengendalian kereta.

Pastikan anda memeriksa tekanan angin tayar untuk memastikan ia berada dalam keadaan baik sebelum perjalanan jauh serta meningkatkan jangka hayatnya. Dapatkan maklumat tahap tekanan angin yang diperlukan untuk kenderaan anda daripada buku manual atau di tepi pintu pemandu supaya dapat mengisi tekanan kadar udara yang betul.

2. Tahap Bendalir

Pemeriksaan bendalir juga merupakan antara pemeriksaan yang wajib dibuat oleh pemandu sebelum merancang perjalanan. Semua jenis pelincir dan bendalir dalam kereta adalah penting dan haruslah diperiksa dahulu kerana kekurangan mana-mana bahan pelincir pada kereta akan merosakkan enjin.

Oleh itu, pastikan anda sentiasa memeriksa takat minyak gear, cecair penyejuk, minyak brek dan lain-lain berada pada takat yang disarankan oleh pengeluar kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan pemeriksaan ini di pusat servis berdekatan dan catatkan tempoh bila pelincir dan bendalir ini perlu diganti semula.

3. Bateri

Sentiasa periksa keadaan bateri kenderaan anda untuk memastikan ia berfungsi dengan baik. Bateri adalah ibarat jantung dalam kenderaan yang diperlukan untuk ia terus bergerak lancar di atas jalan raya.

Sekiranya kenderaan tidak disenggara bagi tempoh masa yang lama, ia boleh mendatangkan masalah kepada bateri. Periksa sama ada terdapat pengumpulan asid kering pada terminal bateri, kepala bateri longgar, ikatan wayar longgar dan lain-lain sebelum perjalanan anda. Sentiasa menyimpan ‘jumper’ bateri sebagai alatan kecemasan yang boleh membantu anda apabila terdapat kerosakan bateri di tengah jalan.

4. Pengelap Cermin

Pengelap cermin merupakan antara komponen kereta yang perlu diperiksa sebelum perjalanan jauh. Hal ini kerana keadaan getah pada bilah ‘wiper’ mungkin tidak berfungsi dengan baik hingga menyebabkan cermin hadapan menjadi kabut dan menjejaskan penglihatan anda sekali gus menyebabkan kemalangan terutamanya apabila hujan.

Oleh itu, pastikan memeriksa keadaan bilah ‘wiper’ dan menukarnya apabila terdapat kesan koyak, kering, lusuh, terbelah atau lain-lain pada bilah pengelap cermin.

5. Lampu

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan semua lampu kereta termasuk ‘signal’ kereta berfungsi dan berada dalam keadaan baik untuk menjamin keselamatan perjalanan anda.

Lakukan pemeriksaan pada lampu hadapan, lampu brek dan lampu isyarat sebelum perjalanan. Sekiranya lampu kenderaan tidak berfungsi, gantikannya dengan mentol yang betul untuk mengekalkan tahap kecerahannya.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

4 Tempat Letak Kenderaan Yang Bahaya Semasa Musim Hujan

Musim hujan tidak menentu sejak kebelakangan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tertentu. Pengguna kenderaan perlu lebih berhati-hati apabila meletakkan kereta kerana hujan...

Cara Mengelakkan Kerosakan Bateri Kereta

Bateri kereta merupakan satu komponen penting yang menghasilkan tenaga elektrik hasil daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalamnya. Ia juga membekalkan kuasa elektrik...

5 Lokasi Sarapan Lazat Di Lembah Klang

Sarapan adalah salah satu sajian awal penting yang perlu diambil setiap hari agar ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari untuk lebih cergas dan produktif....

Tips Menguruskan Emosi Bagi Menjaga Kesihatan Mental

Pengurusan emosi secara baik dapat menjaga kesihatan mental serta menyelamatkan nyawa individu. Keadaan emosi terganggu mampu memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental. Dikongsikan...

Ikuti Media Sosial SPANCO

Seiring untuk meningkatkan kecekapan dalam menyebarkan informasi pengurusan fleet kepada lebih ramai pembaca, pelanggan SPANCO kini boleh mengikuti laman media sosial kami di akaun...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!