4 Jenis ‘Coolant’ Yang Perlu Anda Ketahui

Bahan penyejuk atau lebih dikenali sebagai ‘coolant’ berfungsi sebagai ejen penyejuk dalam radiator yang menjaga suhu enjin daripada mengalami masalah panas melampau. Pengguna kenderaan perlu memeriksa takat bahan penyejuk secara berkala agar sistem radiator dapat berfungsi secara optimum. Tahukah anda jenis-jenis bahan penyejuk yang boleh digunakan bagi kenderaan? Berikut disenaraikan beberapa jenis ‘coolant’ dan kegunaannya:

1. Air Bersih

Cairan radiator yang paling biasa digunakan adalah air bersih seperti air paip atau air mineral. Pada asasnya, air biasa mempunyai takat didih yang rendah iaitu 100°C dengan kadar pengewapan tinggi. Oleh itu, air akan berkurangan dengan cepat jika suhu enjin terlampau tinggi apabila memandu dalam situasi jalan raya yang sesak atau enjin beroperasi terlalu lama.

Penggunaan air biasa boleh mengakibatkan radiator mudah berkarat dan berkerak selepas digunakan terlalu lama. Ia juga akan menyebabkan permukaan dalam radiator mengakis sehingga membuatkan radiator bocor akibat bahan mineral yang terdapat dalam air biasa. Pastikan anda menggunakan bahan penyejuk yang sesuai atau kerap memeriksa takat air bagi mengelakkan risiko radiator bocor.

2. ‘Coolant’

‘Coolant’ merupakan alternatif yang mampu menyerap kepanasan enjin dan mencegah masalah karat terhadap logam radiator. Hal ini kerana, kandungan utama dalam ‘coolant’ ialah air suling, bahan antibeku, glikol propilena (propylene glycol) dan bahan pencegah karat.

Kandungan propilena glikol ini menjadikan takat didih ‘coolant’ lebih tinggi berbanding air biasa iaitu sekitar 110°C. Oleh itu, ia sesuai digunakan bagi kenderaan di kawasan beriklim panas dan lembab sepanjang tahun seperti negara kita kerana ia lebih sukar mengewap.

3. ‘Super Coolant

Super coolant’ memiliki takat didih lebih tinggi iaitu daripada 130°C hingga 135°C. Bahan penyejuk jenis ini perlu dicampur atau dicairkan dulu dengan air bersih sebelum digunakan iaitu dengan nisbah campuran sebanyak 50 (air) : 50 (super coolant).

Pastikan anda menggunakan nisbah yang betul kerana sekiranya campuran anda terlebih air bersih, takat didih ‘coolant’ akan menurun. Hal ini juga akan menyebabkan sistem pendinginan akan gagal berfungsi dan takat didih menjadi sama seperti penggunaan air biasa.

4. Bahan Penyejuk Antibeku

Bahan penyejuk jenis antibeku merupakan cecair khas yang digunakan bagi sistem penyejukan kenderaan di negara beriklim empat musim. Hal ini kerana ia mempunyai ciri bahan yang tidak membeku walaupun pada suhu yang paling rendah terutamanya ketika musim sejuk.

Takat didih bagi bahan penyejuk ini pula boleh mencecah sehingga 128°C. Sebelum menggunakan bahan penyejuk antibeku, ia perlu dicairkan dahulu dengan air bersih mengikut nisbah yang betul. Misalnya di Malaysia, nisbah campuran yang boleh digunakan adalah 50:50 dan ia mungkin berbeza di negara lain.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

Tanda Kereta Memerlukan Penjajaran Roda

Penjajaran roda sangat penting untuk memastikan pergerakan tayar kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Tayar kereta yang bermasalah atau haus boleh menjejaskan pemanduan...

Kecuaian Penjagaan Kereta Membawa Padah

Kecuaian ketika memandu merupakan punca utama berlakunya kemalangan. Sikap pemanduan ini juga boleh menyebabkan kerosakan pada kenderaan dan peralatan yang terdapat pada kenderaan. Disenaraikan...

Pertandingan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Hari Malaysia

Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini dimulakan secara meriah dengan majlis pelancaran yang berlangsung di Dataran Putrajaya pada 31 Julai lalu. Bagi...

Lokasi Makanan Popular Di Ipoh

Ipoh sangat popular bukan sahaja kerana terdapat banyak tempat menarik malah ia meraih perhatian pelancong disebabkan makanan lazatnya. Kunjungi tempat makan berikut jika anda...

Tanda-Tanda Kerosakan Termostat

Termostat merupakan salah satu komponen penting dalam pengendalian sistem kenderaan. Termostat juga membolehkan sistem enjin mengekalkan suhu yang betul dan enjin berada dalam keadaan...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!