Awasi 5 Bunyi Kenderaan Sebelum Terlewat!

Kenderaan yang bermasalah atau memerlukan penyenggaraan segera biasanya akan menunjukkan beberapa simptom awal seperti bunyi atau tanda-tanda tertentu. Sekiranya terdapat sebarang bunyi yang pelik kedengaran daripada kenderaan anda sebelum menghidupkan sistem radio atau semasa memandu, segeralah lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan. Berikut disenaraikan beberapa masalah yang mungkin dihadapi kereta anda berdasarkan bunyi-bunyi tertentu:

1. Bunyi Nyaring daripada Bahagian Bonet Kereta

Bunyi nyaring daripada bahagian bonet kenderaan selalunya berpunca daripada kerosakan ‘timing belt’ yang telah longgar atau haus. ‘Timing belt’ berfungsi untuk menggerakkan komponen-komponen pada bahagian atas enjin yang dikenali sebagai ‘camshaft’ agar ia seiringan dengan pergerakan ‘crankshaft’ yang berada di bahagian bawah enjin kenderaan.

Ia mengawal sistem asas dalam kenderaan termasuk alternator, pam air, stereng kuasa, kompresor penyaman udara dan kipas radiator. Sekiranya anda mendapati bunyi pelik daripada bahagian bonet kereta segera dapatkan bantuan dan pemeriksaan lanjut di pusat servis berdekatan.

2. Bunyi Bergesel Semasa Menekan Brek

Bunyi bergesel (grinding sound) atau bising ketika membrek adalah salah satu petunjuk pelapik brek semakin nipis. Indikator pin pada pelapik brek akan mula bergesel dengan rotar cakera brek atau ‘disc brake rotor’ apabila ia terlalu nipis atau telah melampaui tahap selamat.

Oleh itu, bunyi yang terhasil daripada geseran ini merupakan amaran penting untuk anda melakukan penggantian pelapik brek dengan segera. Sekiranya anda membiarkan ia terus bergeser, brek kereta anda akan mengalami kerosakan yang lebih teruk.

3. Bunyi daripada Tayar Kereta

Tekanan angin dalam tayar yang rendah boleh menyebabkan kereta menghasilkan bunyi berdetap-detup atau ‘thudding noise’. Sekiranya anda mendapati bunyi sedemikan, lakukan pemeriksaan terhadap tekanan angin tayar untuk memastikan ia berada pada tahap yang disyorkan oleh pengeluar. Namun begitu, jika bunyi masih ada walaupun and telah menambah tekanan angin dalam tayar, anda disarankan untuk memeriksa penjajaran kereta.

Penjajaran kereta yang tidak baik bukan sahaja menyebabkan bunyi tersebut, malah boleh mengakibatkan tayar haus dengan lebih cepat sekali gus menyebabkan pemanduan yang tidak selesa.

4. Bunyi Geseran daripada Pengelap Cermin

Getah pengelap cermin yang rosak atau telah haus akan menghasilkan bunyi geseran. Penggunaan pengelap cermin yang rosak boleh mencalarkan, merosakkan cermin hadapan serta menjejaskan penglihatan pemandu. Oleh itu, pastikan anda membersihkan bilah pengelap dengan kain lembap sekurang-kurangnya seminggu sekali agar ia berada dalam keadaan baik dan dapat memberikan penglihatan yang jelas pada waktu hujan.

5. Bunyi daripada Ekzos

Sistem ekzos yang rosak dapat dikenal pasti melalui bunyi-bunyi yang dihasilkannya. Setiap bunyi yang dihasilkan oleh sistem ekzos menandakan simptom dan masalah berbeza dihadapi oleh kereta anda. Antaranya adalah kemungkinan sistem ekzos tersumbat, berlaku kebocoran atau masalah penjajaran. Sekiranya anda mengesan sebarang bunyi pelik daripada ekzos kereta, pastikan anda melakukan penyenggaraan dan pembaikan di pusat servis berhampiran bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih serius.

Artikel sebelum ini
Artikel seterusnya

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!