Kesan Pengambilan Gula Berlebihan

Ramai dalam kalangan kita tanpa sedar mengambil gula secara berlebihan dalam diet seharian. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organisation (WHO), mencadangkan purata pengambilan gula sebanyak lima sudu teh atau 25 gram sehari. Tahukah anda pengambilan gula lebih daripada keperluan tersebut boleh memudaratkan kesihatan?

Perangkap Gula

Gula tergolong dalam kumpulan karbohidrat yang dicerna menjadi sumber tenaga kepada tubuh badan. Terdapat dua jenis gula dalam makanan harian iaitu gula semula jadi dan gula tambahan. Bagi kategori gula semulajadi, ia boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, pasta dan ubi-ubian serta terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan dan dikategorikan sebagai gula tambahan. Kek, minuman berkarbohidrat, coklat, kuih dan seumpamanya adalah contoh-contoh makanan yang mempunyai gula tambahan.

Kesan Pengambilan Gula Berlebihan

1. Obesiti

Kadar obesiti penduduk dunia semakin meningkat kerana pengambilan gula tambahan, terutamanya daripada minuman berkarbonat. Minuman manis seperti soda, jus dan teh manis sarat dengan fruktosa, sejenis gula ringkas. Mengambil fruktosa meningkatkan rasa lapar dan keinginan anda untuk makan lebih daripada glukosa, jenis gula utama yang terdapat dalam makanan berkanji. Ia secara langsung mendorong kepada peningkatan berat badan anda.

2. Penyakit Jantung

Diet tinggi gula juga dikaitkan dengan peningkatan risiko pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung. Pengambilan terlalu banyak gula, boleh menyebabkan ‘aterosklerosis’ iaitu bahagian dalam arteri mengecil kerana pembentukan plak yang terdiri daripada lemak, kolesterol, kalsium dan bahan lain dalam darah.

Hal ini akan menyebabkan penyempitan arteri membatasi aliran darah kaya oksigen ke bahagian-bahagian tubuh. Dengan ini, pengaliran darah yang kurang lancar ke jantung menyebabkan otot jantung boleh berhenti berfungsi.

3. Kencing Manis

Diabetes adalah keadaan apabila paras gula atau glukosa dalam darah lebih tinggi daripada paras normal, disebabkan kekurangan hormon insulin dalam badan atau peningkatan rintangan badan terhadap insulin. Pengambilan gula secara berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis kerana badan seseorang tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi.

4. Masalah Kesihatan

Pengambilan gula yang berlebihan juga boleh mendatangkan masalah kesihatan lain seperti penyakit buah pinggang, sakit sendi, mudah letih dan sebagainya. Gula tambahan mungkin meningkatkan paras asid urik darah yang membawa kepada masalah lebih serius.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!