Makna Disebalik Perayaan Tahun Baharu Cina

Tahun Baharu Cina merupakan sambutan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina di seluruh dunia. Ia disambut secara besar-besaran berdasarkan kalendar lunar yang menandakan kedatangan tahun baharu.

Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina yang berdasarkan haiwan. 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ini ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan ini membawa signifikan dan tuahnya tersendiri serta mempunyai unsur berlainan seperti unsur logam, air, kayu, api dan tanah.

Makna Tahun Harimau

Sambutan bagi tahun ini adalah Tahun Harimau iaitu haiwan ketiga dalam kitaran kalendar lunar yang membawa lambang unsur air. Berdasarkan budaya dan kepercayaan masyarakat Cina, Harimau dilambangkan oleh dahan duniawi. Sesiapa yang dilahirkan pada tahun Harimau dikatakan mempunyai ciri-ciri personaliti seperti berkeberanian, bersemangat tinggi, berkeyakinan, berkarisma, dan berkepimpinan.

Sambutan dan Tradisi

Pada malam Tahun Baharu Cina pula, semua ahli keluarga biasanya akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar. Menjadi tradisi ahli keluarga yang telah berumahtangga untuk memberi ‘angpau’ kepada saudara mara dan sahabat yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ pula membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan, ianya sejenis sampul berwarna merah yang diisi dengan sejumlah wang.

Hand giving red envelop for Chinese new year festival

Selain itu, buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa meraihkan Tahun Baharu Cina kerana ia adalah simbolik memberi tuah. Sepanjang berlangsungnya perayaan Tahun Baharu Cina, tarian singa akan dipersembahkan di rumah atau premis untuk menambahkan kemeriahan.

Bagi mengakhiri perayaan ini pula, mereka akan menyambut Chap Goh Meh pada malam ke-15. Secara literalnya, Chap memberi maksud ‘10’, Goh adalah ‘lima’ dan Mei pula adalah ‘malam’. Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh. Pesta ini disambut dengan mengadakan upacara sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar dan juga diadakan makan besar bersama keluarga.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!