4 Tanda Anda Perlu Menukar Penapis Minyak

Penapis minyak adalah komponen utama yang berfungsi untuk membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Ia akan memastikan kotoran dan bendasing yang boleh menjejaskan prestasi enjin ditapis terlebih dahulu bagi, mengelakkan geseran pada pergerakan enjin dan membantu penjimatan bahan api.

Keperluan Menukar Penapis Minyak

Lama-kelamaan, penapis minyak akan menjadi kotor dan tersumbat kerana ia memerangkap banyak habuk, kotoran, zarah udara dan lain-lain partikel yang menjejaskan prestasi enjin. Hal ini berlaku kerana penapis minyak yang tersumbat akan menyukarkan proses pembersihan minyak enjin. Oleh itu, penukaran penapis minyak perlu dilakukan setiap kali anda melakukan penyenggaraan kenderaan di pusat servis.

Tanda Penapis Minyak Perlu Diganti

1. Enjin Sukar Dihidupkan

Injektor bahan api berfungsi membekalkan minyak yang diperlukan untuk menghidupkan enjin. Jika enjin kereta anda sukar dihidupkan ataupun tidak dapat dihidupkan langsung, kemungkinan besar injektor tersebut tersumbat. Hal ini menunjukkan penapis minyak mengalami kerosakan dan memerlukan penukaran segera.

2. Enjin Mati Ketika Memandu

Jika enjin kehilangan kuasa secara mengejut ketika memandu, ia mungkin berpunca daripada penapis minyak tersumbat atau bermasalah. Penapis minyak kotor boleh menjejaskan agihan minyak dan mengurangkan prestasi enjin.

3. Bunyi Bergesel

Kekurangan minyak dalam enjin akan menyukarkan pergerakan komponen dan menyebabkan ia bergesel antara satu sama lain. Hal ini akan menghasilkan bunyi bergesel antara komponen dalaman semasa enjin berfungsi.

Oleh itu, sekiranya anda mendengar bunyi bergesel semasa memandu kereta, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis bertauliah untuk pemeriksaan lanjut dan mengelakkan berlakunya kerosakan komponen dalaman yang lain.

4. Ekzos Kotor

Penapis minyak yang tersumbat akan mengeluarkan asap ekzos yang berwarna hitam. Ia juga akan menghasilkan bau minyak terbakar yang boleh menyelubungi ruangan dalam kenderaan. Sekiranya anda terhidu bau tersebut, segera lakukan pemeriksaan di pusat servis berdekatan agar juruteknik dapat menggantikan penapis minyak, membaiki sumbatan dalam sistem minyak dan mengeluarkan enap cemar yang masuk ke dalam kereta anda.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

Terkini

Kenali Jenis-Jenis Papan Tanda Jalan Raya

Papan tanda di jalan raya memainkan peranan penting dalam memberi panduan, amaran atau maklumat kepada pengguna jalan raya. Ketahui jenis-jenis papan tanda supaya anda...

Patuhi Had Laju Jalan Raya

Kemalangan jalan raya di Malaysia semakin meningkat dan membimbangkan. Pelbagai faktor menyumbang kepada kemalangan jalan raya dan salah satunya adalah memandu kenderaan melebihi had...

Lokasi Mencanting Batik Di Lembah Klang

Mencanting batik kini menjadi aktiviti hujung minggu yang sangat popular. Jika anda ingin melakukan aktiviti menarik dan berfaedah, kunjungi tempat berikut untuk mengasah bakat...

Langkah Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penularan jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak awal tahun sehingga kini. Ibu bapa perlu lebih berwaspada dengan...

Punca Tayar Kereta Meletup

Tayar kereta boleh meletup atau pecah secara tiba-tiba ketika memandu disebabkan beberapa faktor tertentu. Marilah kita sama-sama ketahui puncanya agar dapat lebih berwaspada semasa...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!