Risiko Pengambilan Kafein Secara Berlebihan

Minuman berkafein seperti kopi digemari ramai hingga ia boleh menjadi satu ketagihan. Ramai antara kita yang gemar minum kopi terutamanya pada waktu pagi sebagai permulaan hari. Tahukah anda pengambilan kopi secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan anda? Ketahui beberapa kesan sampingan terhadap kesihatan akibat meminum kopi berlebihan daripada keperluan seperti berikut:

1. Gangguan Tidur

Salah satu kualiti terbaik untuk minuman berkafein adalah ia membantu anda kekal berjaga serta membuatkan minda anda kekal fokus. Walau bagaimanapun, pengambilan terlalu banyak kafein boleh menjejaskan kualiti tidur anda kerana kandungan kafein tinggi dalam minuman akan menghalang fungsi ‘adenosine receptors’ dalam badan sehingga menjejaskan jadual tidur anda.

122879361_m

Oleh itu, kurangkan minum kopi terutamanya pada waktu malam bagi mengelakkan insomnia atau menjejaskan kualiti tidur anda.

2. Peningkatan Tekanan Darah

Pengambilan kafein boleh meningkatkan tekanan darah kerana kopi yang diminum akan terus diserap oleh tubuh, dan masuk ke dalam aliran darah kita. Dalam waktu lebih kurang satu jam, kafein akan mencapai tahap tertingginya di dalam aliran darah dan menyebabkan tekanan darah naik secara mendadak. Bagi sesiapa yang mengalami masalah kesihatan anda digalakkan untuk berhenti minum kopi untuk memastikan bacaan tekanan darah terkawal.

3. Dehidrasi

Kafein merupakan salah satu bahan diuretik yang boleh meningkatkan kekerapan buang air kecil. Selain itu, jika anda mengambil kafein secara berlebihan, ia boleh menyebabkan anda kehilangan banyak air dalam badan atau mengalami dehidrasi.

4. Meningkatkan Risiko Keguguran

Kafein dalam jumlah yang sangat banyak boleh memberi pengaruh buruk pada wanita yang sedang hamil. Kafein boleh menghalang perkembangan dan pertumbuhan janin. Hal ini boleh menyebabkan gangguan kehamilan dan mungkin akan mengakibatkan berlakunya kes keguguran.

5. Mudah Rasa Gelisah

Daya penerimaan kafein biasanya bergantung kepada gaya hidup, metabolisme dan genetik seseorang individu. Jika metabolisme tubuh lebih tinggi, kafein yang terkandung di dalam kopi lebih cenderung untuk membuat anda berasa gelisah dan gementar.

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!