5 Restoran ‘Water-Side’ Popular di Lembah Klang

Bosan makan di tempat yang sama berulang kali? Jika anda menginginkan suasana makan bersama keluarga yang berbeza dan menarik, kunjungilah restoran ‘water-side’ untuk menikmati hidangan dengan pemandangan yang menakjubkan. Terdapat banyak restoran di Lembah Klang yang bukan sahaja menghidangkan makanan lazat malah mempunyai ruang yang mempesonakan seperti berikut:

271608646_1812187375838487_5624699848078890955_n
Sumber : Facebook Bbq Lamb KL Kemensah

1. BBQ Lamb KL Kemensah

BBQ Lamb KL Kemensah yang terletak di Kampung Kemensah, Ampang adalah lokasi sesuai untuk anda yang ingin menikmati makanan ala berkelah di sungai. Tempat yang sangat viral ini menarik perhatian ramai kerana deretan kerusi meja yang diletakkan di dalam sungai membolehkan pelanggan makan sambil merendam kaki di sungai yang mengalir jernih sambil menikmati keindahan flora dan fauna hutan Kemensah.

ribs
Smoke Baby Ribs, Sumber : Facebook Bbq Lamb KL Kemensah

Selain itu, makanan yang disediakan oleh mereka juga sangat lazat di mana kambing bakar, Skewer Set, Smoke Baby Ribs, Smokey Chicken Rice, Lamb Shank Soup, Roast Duck, T-Bone Steak mendapat sambutan hangat pelanggan. Pastikan anda melakukan tempahan awal sebelum mengunjung ke restoran ini untuk mengelakkan menunggu lama.

veg 2
Sumber : Facebook Veg Fish Farm Thai Restaurant

2. Restoran Veg Fish Farm Thai

Teringin makan makanan Thailand? Kunjungi restoran Veg Fish Thai yang terletak di Jalan Hulu Langat, Ampang untuk menikmati makanan Thai lazat. Bukan sekadar makanan malah restoran ini popular kerana menghidang makanan menggunakan bot laju oleh pelayan restoran yang merentasi tasik dari dapur dengan makanan ke meja pelanggan.

veg 3
Kerang Bakar, Sumber : Facebook Veg Fish Farm Thai Restaurant

Pelanggan juga dapat menikmati makanan dengan ruang makan terbuka sambil melihat pemandangan alam sekitar yang cantik. Antara makanan yang terkenal di tempat ini adalah kerang bakar, tom yam, Fish Lime Thai Style, Bbq Lamb, Squid Salted Egg dan sebagainya.

e

3. Ikan Bakar Sri Nikat

Terletak di Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Ikan Bakar Sri Nikat adalah salah satu restoran ‘water-side’ yang sangat popular di kawasan tersebut. Restoran ini dibina di atas kolam yang merupakan lokasi memancing dan mempunyai pemandangan alam sekitar yang menakjubkan.

ikan bakar
Ikan Bakar, Sumber : Mooosang King

Restoran ini terkenal untuk dengan hidangan ikan bakar segar daripada laut. Pelanggan boleh menikmati makanan dalam suasana yang santai di pondok sambil bersila atau memilih pondok dengan kerusi. Antara menu popular di sini adalah ikan bakar, ikan talapia goreng berlada, ikan patin, kangkung belacan dan lain-lain.

richard 1
Sumber : Twitter @Jomkitamy

4. Bistro Richard

Inginkan privasi sambil menikmati makanan Eropah dengan pemandangan? Kunjungi Bistro Richard yang terletak di Sentul Park, Kuala Lumpur bersama keluarga atau rakan anda untuk menjamu selera dengan pemandangan alam sekitar.

247278499_6405743126166176_7639828380441133713_n

Menu menarik seperti Roasted Salmon, Escargot, Seafood Paella, Braised Lamb Shank, Pasta, Creme Brulee dan lain-lain telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan mereka. Anda juga boleh mengadakan sambutan hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya di sini sambil menikmati pemandangan kolam yang cantik.

f

5. Samira by Asian Terrace

Samira by Asian Terrace yang terletak di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur merupakan antara restoran tersembunyi yang popular untuk keenakan makanan serta pengalaman menjamu selera yang unik. Pelanggan boleh menikmati makanan di restoran Thai-Indocina sambil melihat pemandangan kolam ikan koi terbesar dan alam sekeliling yang memukau jiwa.

Vietnamese Deep Fried Salad, Mieng Kam, Soft Shell Crab, Roasted Red Thai Curry, Tom Yam, Caramelized Banana dan sebagainya adalah antara makanan popular yang mendapat sambutan pelanggan. Jangan lupa menikmati makanan ini bersama keluarga nanti!

Lain-lain Artikel

Berkaitan

spot_img

Terkini

5 Tanda Menukar Tayar Kereta

Menukar tayar kereta adalah satu aspek penting dalam penjagaan kenderaan agar anda dapat memandu dengan selesa. Di samping memastikan keselamatan, tayar yang berada dalam...

Cara Memilih Minyak Enjin Sesuai untuk Kenderaan Anda

Minyak enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi kenderaan. Pemilihan minyak enjin yang sesuai adalah langkah penting untuk memastikan enjin berfungsi dengan baik dan...

Langkah Menjaga Keselamatan Ketika Bercuti untuk Perjalanan Tanpa Risiko

Ramai mesti merancang percutian sempena hujung tahun dan cuti sekolah bagi meluangkan masa bersama keluarga atau rakan-rakan. Dengan peningkatan kes COVID-19, adalah penting untuk...

5 Destinasi Percutian di Lembah Klang yang Mempesonakan

Cuti sekolah adalah waktu yang tepat untuk merancang percutian bersama keluarga, dan Lembah Klang menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dinikmati. Dari pusat bandar yang...

Majlis Penyerahan 69 Buah Model Kereta Perodua Aruz SUV 1.5x kepada IPD Kuching

8 Disember 2023 - Majlis penyerahan kereta konsesi kerajaan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah diadakan di dewan terbuka Ibu Pejabat Kontigen (IPK)...

Ingin mengikuti berita dan artikel terkini?

Isi maklumat anda dan kami akan terus berhubung dengan anda di masa hadapan. Semudah itu!